TALK TO MY MANAGER : APA YANG KITA PELAJARI!
.
Banyak hal kita wajar hadam dan faham betapa anak yang sepatutnya tumpu pada alam persekolahan, adalah tidak waras serta tidak perlu untuk terjun ke dunia seni.
.
‘Panic Attack’ akan menyerang apabila seseorang itu berada dalam tekanan dan tuntutan situasi yang di luar kemampuan. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang masih di umur muda. Stress akan membunuh !
.
Apabila tumpuan keterlaluan diberikan dan harapan disandar melangit , maka mental akan koyak. Lebih-lebih lagi untuk jiwa anak-anak yang sedang meningkat remaja. Tekanan akan menjahanam emosi!
.
Kejutan budaya sering berlaku pada mereka yang daripada biasa menjadi tular luar biasa. Pelbagai kemungkinan rasa di jiwa bergelora. Ada yang mampu mengawal. Ada yang kecundang dek terbawa-bawa.
.
Budaya netizen yang berpaksikan media sosial seringkali terlebih sudu daripada kuah. Jari mereka pantas memberi komen seolahnya mereka di tempat individu tersebut. Jika hal itu tidak disenangi mereka maka komen negatif bertaburan. Jika ianya kena pada kehendak mereka, maka pujian tanpa batas menggila.
.
Dan barangkali permainan mistik juga tidak terkecuali bukan? Bagaimana seseorang yang membuat persembahan pembukaan begitu ok tetapi ketika gilirannya timbul cerita lain. ‘Stage fright’ atau ada ‘ sesuatu’ di sebaliknya. Seribu kemungkinan bukan?
.
Grand Finale Talk To My Manager ada semua itu. Segalanya dihimpit di sini untuk rating dan viral. Dan yang menjadi mangsa untuk dimangsakan adalah mereka yang bertanding. Setiap inci tentang mereka adalah cerita dan drama yang perlu dipaparkan. Itu bahan berita. Selagi ianya diperkatakan ianya perlu didedahkan.
.
Pun begitu adalah sesuatu yang saya sifatkan adalah tidak sepatutnya berlaku apabila pihak produksi dan manager Siti Saerah tetap membenarkan Amad menyanyi dalam kondisi kritikal tersebut. Sepatutnya Amad direhatkan. Itu yang wajib berlaku kalau kalian betul-betul tahu tanggungjawab masing-masing. Dan letak Naderra sebagai artis undangan untuk menghargai komitment beliau sebelum ini membantu Amad dalam latihan sebelum ini. ‘Settle’ cerita.
.
Tetapi kalian tidak bijak. Ada hal yang patut dibuat tindakan pantas tanpa bertanya pada si anak yang tidak tahu keputusan selayaknya perlu dibuat ketika itu. Soal kesihatan mental kanak-kanak usah dibuat main. Sedangkan si kanak-kanak yang dituduh di mahkamah pun dilindungi, inikan pulak sesuatu yang terang-terangan tidak kena di tonton di KACA tv secara langsung. Di mana empati kalian dalam soal ini? Ianya sesuatu yang tidak wajar berlaku. Ianya benar-benar mengecewakan apabila sebuah program bersifat hiburan kekeluargaan diremeh sebegitu.
.
Apa pun, yang menang telah menang. Yang terjadi tetap terjadi. Keputusan telah termaktub. Adat pertandingan. Pun begitu ‘post mortem’ perlu ada selepas ini jika tahun depan TTMM kembali. ‘Trial and error’ musim pertama adalah pengajaran terbaik.
.
Hadkan umur melebihi 18 tahun untuk setiap anak artis yang nak terlibat sama. Ini syarat penting disamping mereka semua boleh menyanyi dengan baik. Suara sekadar syok sendiri atau berbekal legasi famili artis hentikanlah. Bakat nyanyian itu lebih utama. Ini lebih pratikal apabila Konsep 60 peratus markah untuk kemampuan manager membentuk artis dan 40 peratus milik yang bertanding dinilai. Kalau yang bertanding memiliki vokal yang baik tanpa dibayangi drama bukan-bukan ianya lebih sempurna pengisian TTMM2026. Berentaplah sehabis mungkin di pentas utama kerana pada penghujungnya si artis itu yang akan bertarung ke dunia seni sebenar. Drama murahan sebelum ini hanya perencah program sahaja.
.
Amad ada perjalanan seni yang panjang selepas ini. Dia sewajarnya Juara pada minggu lepas , Marsya naib juara dan Ammar Haiqal di tempat ke tiga. Namun agenda TTMM yang terlalu banyak drama itu meminggirkan apa yang sepatutnya layak untuk mereka bertiga. Kemenangan mereka bertiga telah dinafikan setelah berjuang pada minggu lepas. ![]()
.
Tidak mengapa. Itu biasa kerana dunia seni, politik, sukan dan apa juga bidang cabaran dan permainannya ada cerita hitam putihnya. Masa akan menentukan segalanya. Yang menang tidak semestinya popular, yang kecundang tidak selamanya hanya di bawah. Bak lirik lagu Bangun – Kalau Jatuh Sekali, Aku Bangun Tiga Kali!
#talktomymanagermy
#talktomymanager
#astrogempak
#amad #stailistalevelup
TALK TO MY MANAGER : GRAND FINALE YANG GAGAL





