![]()
![]()
![]()
.
SITI NURHALIZA ATAU TOK TI ?
.
Ketika edisi pengenalan majalah URS- Untuk Remaja Sahaja , adalah waktu kemunculan jenama baharu bintang negara iaitu Siti Nurhaliza pada 1995. Sebelumnya Ziana Zain menguasai populariti.
Lalu pada penghujung 1998, saya bergelar editor URS, maka Siti Nurhaliza yang muncul dengan album Adiwarna dipilih menjadi penghias muka depan. Boom terus URS.
.
Serasa saya lebih 5 kali Dato’ Sri Siti Nurhaliza menjadi cover , tak termasuk edisi khas perkahwinan beliau dan edisi hari raya. Dalam erti kata lain sejak awal lagi saya mengikuti perkembangan kerjaya seni penyanyi nombor satu negara ini.
.
Hari ini di X- ada pandangan peminat pro dan kontra dengan panggilan Tok Ti yang tidak sepatutnya digunakan ketika temubual atau tulisan. Bagi mereka branding nama Siti Nurhaliza itu sudah cukup atau terus panggil Dato’ Sri Siti Nurhaliza untuk menjaga branding.
.
Bagi saya dulu saya panggil beliau Siti sahaja, tetapi hari ini saya lebih suka dengan panggilan Dato’ Siti Nurhaliza dalam temubual sementara dalam penulisan pula Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau Siti Nurhaliza . Rasanya itu lebih profesional dengan taraf beliau sekarang.
.
Memanglah beliau tidak melarang siapa pun memanggil Tok Ti, tetapi legenda hebat seperti beliau perlu dijaga prestij nya seperti mana seniman terdahulu Tan Sri P. Ramlee, Puan Sri Saloma , Datuk Sharifah Aini maupun Dato’ Sudirman Hj. Arshad. Kita pun panggil Dato’ M. Nasir, Dato’ M.Daud Kilau, Dato’ Aishah dengan nama penuh. Mengapa pula asyik ber Tok Ti terlalu sangat. Dah nama khas ada, guna je lah kan?
.
Faktanya, jenama Siti Nurhaliza adalah aset negara. Jadi berpada-padalah memanggil beliau dengan nama Tok Ti. Kalau pun nak tunjuk kemesraan sangat pun ikut situasilah. ![]()
.
#kataeditor
#sitinurhaliza
#sitizoners
#karyaAnwarRazali
#StailistaGlamz
SITI NURHALIZA ATAU TOK TI?





