HARAPAN DAN PERSAHABATAN DI SENYUMAN MCD

McDonald’s Malaysia Tampil Dengan Siri Mini Drama “Senyuman” Lakonan Jack Tan dan Nabila Razali

Kisah Menyentuh Hati Tentang Harapan, Persahabatan dan Detik-detik Indah Bersama McDonald’s

 McDonald’s Malaysia meneruskan pendekatan kreatif dalam mendekati rakyat Malaysia melalui pelancaran siri mini drama terbaharu berjudul “Senyuman”, sebuah penceritaan menyentuh hati yang merangkumi tema harapan, persahabatan dan momen kecil yang bermakna. Siri tujuh episod ini akan mula ditayangkan pada 7 Ogos 2025 jam 8 malam di semua platform media sosial rasmi McDonald’s Malaysia.

Dibintangi oleh Jack Tan, pelakon versatil yang terkenal dengan lakonan berjiwa, dan Nabila Razali, penyanyi serta pelakon popular tanah air, “Senyuman” merupakan kesinambungan koleksi mini drama jenama ini yang sebelum ini mencetuskan fenomena seperti “Rugi Tau Tak Pakai App McD”, “Love at McD” dan “Kau Sundaeku”.

Kisah ‘Senyuman’ mengangkat naratif tentang Ming (lakonan Jack Tan), seorang lelaki pendiam yang jarang mengukir senyum sejak berdepan peristiwa silam. Namun segalanya mula berubah apabila June (lakonan Nabila Razali), rakan sekerja yang ceria, mengajaknya makan malam di McDonald’s – menyemai bibit hubungan melalui kentang goreng, detik kecil yang membawa sinar baru dalam hidup Ming.

“Senyuman mencerminkan semangat feel-good McDonald’s – menyentuh emosi, menyampaikan nilai kehidupan, dan mempererat hubungan,” ujar Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia. “Lebih daripada sekadar drama, ia adalah kisah yang dekat di hati rakyat Malaysia, merentas bangsa dan bahasa – disampaikan secara autentik, dalam multi-language storytelling yang menyerlahkan kepelbagaian budaya negara ini.”

Jack Tan turut berkongsi keterujaannya menyertai projek ini:

“Watak Ming membawa saya ke sisi emosi yang sangat jujur dan manusiawi. Saya percaya ramai dapat mengaitkan diri dengan rasa sepi yang dialami watak ini – dan bagaimana makanan serta sedikit perhatian mampu menjadi pemula untuk menyembuhkan.”

Nabila Razali, dalam penampilan sulungnya menerusi mini drama untuk jenama ini, berkata:

“Watak June sangat berbeza dari apa yang biasa saya bawa – tetapi amat bermakna. Dia ‘cahaya’ yang hadir dalam hidup seseorang yang terluka. Saya rasa ramai akan tersentuh dengan cara kisah ini berkembang, secara perlahan dan realistik.”

Siri ini turut menampilkan pelakon berbakat Lim Jian Wen, yang menambah dimensi emosi yang lebih mendalam terhadap naratif.

Melalui Senyuman, McDonald’s Malaysia terus memperkukuh kehadirannya bukan hanya sebagai penyedia makanan, malah sebagai jenama yang mencipta hubungan emosi sejati dengan pelanggannya. Siri ini juga memperkenalkan bagaimana Aplikasi McDonald’s memainkan peranan penting dalam memudahkan pelanggan menikmati hidangan bernilai setiap hari — bila-bila masa dan di mana jua.

Dengan lebih 19 juta muat turun dan 1.4 juta pengguna aktif, aplikasi McDonald’s kini menjadi antara aplikasi gaya hidup makanan paling digemari rakyat Malaysia, membolehkan akses kepada promosi harian, pesanan mudah dan sistem ganjaran eksklusif.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan “Senyuman” bermula 7 Ogos 2025, dengan episod baharu setiap hari di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube McDonald’s Malaysia. Saksikan bagaimana senyuman mampu mengubah hari, dan betapa kecilnya detik boleh memberi makna besar dalam hidup seseorang.


LATARBELAKANG McDONALD’S MALAYSIA
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan dengan lebih 36,000 cawangan di lebih 100 negara. Sejak membuka cawangan pertama di Malaysia pada 1982, McDonald’s Malaysia kini mempunyai lebih 370 restoran yang melayani lebih 9 juta pelanggan setiap bulan. Dengan lebih 15,000 warga kerja, McDonald’s terus menyumbang kepada pembangunan bakat tempatan, latihan berstruktur dan peluang kerjaya yang mampan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

#SenyumanMcD #MiniDramaMcD #FeelGoodMoments #McDonaldsMalaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *