ROCKESTRA 90’AN BIKIN NOSTALGIA

KONSERT JELAJAH NOSTALGIA ROCKESTRA 90’AN KEMBALI MENGGEGAR: 10 OTAI LEGENDA BERSATU DI PLAZA SHAH ALAM 27 SEPTEMBER INI

 FENOMENA muzik rock era 90-an bakal kembali menguasai pentas apabila 10 figura legenda bersatu dalam Konsert Jelajah Nostalgia Rockestra 90’an, yang bakal berlangsung pada 27 September 2025, bertempat di RCDbig Studio, Aras 5, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, tepat jam 9 malam.

Dianjurkan oleh 211 Event Empire, konsert penuh semangat ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya satu perayaan muzik agung yang mengangkat semula irama malar segar yang pernah menakluki carta-carta radio dan menjadi lagu wajib di pusat karaoke seluruh negara.

Barisan bintang yang akan bergabung tenaga termasuk:

  • Blank (Gamma)

  • Aan (Ways)

  • Burn (Meditasi)

  • Renggo (Arrow)

  • Isa (Gravity)

  • Azan (Scan)

  • Shafie (Rio)

  • Afee (Utopia)

  • Wom (UG14)

  • Aju (Success)

Menambah keistimewaan, setiap penyanyi akan menyampaikan dua lagu ikonik mereka yang pernah menjadi siulan ramai, diiringi oleh Orkestra Polis Diraja Malaysia (PDRM) – menjadikan konsert ini satu gabungan luar biasa antara nostalgia dan kemegahan muzik orkestra.

Intan Madura, Pengarah Projek 211 Event Empire berkata, “Konsert ini bukan sahaja memberi ruang kepada peminat setia untuk kembali merasai magis zaman kegemilangan rock 90-an, tetapi turut memperkenalkan barisan otai ini kepada generasi baharu dalam gaya yang lebih segar dan megah.”

“Dengan kapasiti venue yang mampu memuatkan 1,200 orang penonton, kami turut menyediakan pilihan tontonan secara strim langsung dengan hanya RM20, agar peminat dari seluruh negara dapat turut serta menyaksikan malam yang bersejarah ini, walau di mana mereka berada.”

Renggo (Arrow) yang tidak asing lagi dengan lagu-lagu cinta ikonik berkata, “Walaupun kesihatan tidak sekuat dulu, semangat untuk beraksi bersama rakan-rakan lama membuatkan saya teruja. Dunia nyanyian tetap menjadi jiwa saya.”

Sementara itu, Blank (Gamma) atau lebih mesra disapa Atok menzahirkan rasa terharu apabila dipilih kembali ke pentas besar. “Kami tak sangka masih ada ruang untuk kami menghiburkan peminat lama dan baharu. Lagu-lagu kami mungkin lama, tapi lirik dan kenangan itu kekal segar dalam hati ramai orang.”

Tiket kini dibuka untuk jualan menerusi laman rasmi: www.211eventempire.com, dengan kategori seperti berikut:

  • VIP: RM1,888

  • Platinum: RM488

  • Gold: RM388

  • Silver: RM288

  • Bronze: RM188

  • Strim Langsung (Online): RM20

Konsert ini turut mendapat sokongan dan tajaan daripada RCDbig Studio, Radii Acm Sdn. Bhd., USK Services Sdn. Bhd., Zayaan Group International Sdn. Bhd., Terminal Tech, Pro X Protection dan Stop Human Trafficking (SHUT).

Konsert Jelajah Nostalgia Rockestra 90’an bukan sekadar persembahan, ia adalah tribut agung kepada warisan muzik tanah air, menyatukan generasi dan menyemarakkan semula semangat rock yang tidak pernah padam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *