PESONA BINTANG…

PESONA RAISE THE STAR
TOP 6 PILIHAN Stailista-Glamz
.
Semua orang boleh menyanyi. Saya pun boleh. Apatah lagi dengan teknologi Ai sekarang semuanya di hujung jari.
.
Pun begitu bergelar Bintang bukan semudah anda berkaraoke atau mengaku anda artis. ‘Branding Star’ itu lebih dari itu ye adik kakak abang makcik pakcik. Kalau anda hebat menyanyi, suara melangit dan pengikut berjuta belum tentu anda akan kekal relevan dan mampu bersaing.
.
Mengambil contoh peserta Raise The Star, Pasha yang sudah 18 tahun bergelumang sebagai anak seni dan 8 tahun aktif dalam pelbagai pertandingan semua stesen tv pun masih terkial-kial untuk mencipta nama. Hariz yang pernah menang Bintang RTM pun masih begitu.
.
Perjalanan memburu Bintang dan menjadi Bintang tidak mudah sebenarnya. Bakat sahaja tidak mencukupi. Anda perlu ada Pesona untuk tujuan ini. Carilah pesona anda dan gilap sebaik mungkin. Dari segi konsep lagu, penampilan diri, ilmu seni muzik, kelab peminat yang baik dan sentiasa lain dari yang lain adalah kunci untuk anda bergelar Bintang. Bonus dapat lagu hebat dari komposer terkemuka sehingga lagu malar segar juga soal penting. Viral sekejab di Tiktok pun sebenarnya tidak membantu kalau anda tiada strategi seterusnya.
.
Masuklah Bintang Kecil, Kilauan Emas, Gegar Vaganza, Mentor, BigStage, Famili Duo atau sebarang pertandingan, kalau anda tiada memiliki pesona itu baik lupakan sahaja impian bergelar Bintang.
.
Minggu ke 4 Raise The Star Malaysia baru nampak ciri bintang yang mula ada. Kalau tidak macam tengok pertandingan karaoke je setiap minggu. 😋
.
Pilihan Stailista Minggu 4 Raise The Star Malaysia.
1. RAYMEE
2. SCHA NURIL
3. ZURY
4. HARIZ FAYAHET
5. PASHA
6. DIDIE SHAZRY
.
#RaiseTheStarMalaysia
#RaiseTheStarMY 

See less

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *