PERGINYA WAJAH KESAYANGAN HAMBA![]()
.
Saya membesar dengan lagu nyanyiannya. Dari Wajah Kesayangan Hamba, Kau Datang Lagi Dalam Fikiranku, Hujan, Tanda Kasih, Antara Matamu Dan Mataku,Menunggu Nasi Minyak dan banyak lagi terus malar segar sehingga kini.
.
Hari raya tidak akan sempurna tanpa lagu Seloka Hari Raya duet bersama seniwati Uji Rashid. Pun begitu saya lebih suka lagu Bisikan Hati Di Pagi Raya duet beliau dengan Datuk Sharifah Aini.
.
Saya berkesempatan bertemu beliau semasa saya menjadi brand manager di Narqes Skintelligent , waktu itu beliau dipanggil untuk merasai treament wajah yang ada di spa. Beliau tetap ramah dan menghibur kami dengan lagu dan celoteh beliau yang mesra dan santai. Selepas itu dua tahun lepas berjumpa beliau di majlis berbuka puasa dan hari raya di Cheras.
.
Era 70-an beliau adalah superstar. Dari style nyanyian, fesyen dan lakonan beliau ada prestij tersendiri. Ikon yang luar biasa dari anak kelahiran Pulau Pinang ini.
.
Hari ini beliau kembali ke sisiNya. Setulus doa team Stailista-Glamz panjatkan agar roh beliau di tempatkan bersama insan yang Allah kasihi dan rahmati. Bersemadilah dengan tenang wahai wajah kesayangan hamba. Al-Fatihah untuk Datuk Hail Amir (Abdul Hail Amir; 2 November 1947 – 6 Mei 2024) .
#HailAmir #StailistaGlamz2024Â
PERGINYA WAJAH KESAYANGAN HAMBA





