PERGINYA RINDU BAYANGAN…
.
Membesar dengan lagu dendangannya adalah sebuah cerita remaja perjalanan yang indah. Dari zaman kaset lagi bersama kumpulan Carefree sejak 1979 lagi,lagu Rindu Bayangan, Kini Baru Kau Sedar, Dendangan Laguku, Hentikan Fitnahmu, Belaian Jiwa dan Joget Anak Gembala adalah antara lagu-lagu yang meniti di bibir sehingga kini.
.
Pernah beberapa kali bertemu beliau, rasa kagum dan teruja sentiasa ada kerana sikap sopan santun dan selalu tersenyum itu terus terpahat di hati. Kini Rindu Bayanganku sudah pergi. Damailah engkau di negeri abadi. Al- Fatihah .
.
Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus (6 Jun 1957 – 4 Ogos 2024) merupakan bekas vokalis dan pemain bass bagi kumpulan Carefree di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kelantan. Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah seperti “Penyanyi Lelaki Popular” pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1988), “Vokal Terbaik Lelaki” pada Anugerah Industri Muzik (1998) dan “Juara Kategori Pop Rock” pada Juara Lagu (1998) menerusi lagu “Joget Angan Tak Sudah”
PERGINYA RINDU BAYANGAN





