PAKAR ITU…

PAKAR ITU…
.
Adalah sesuatu yang meloyakan apabila sesuatu yang berkaitan dengan beliau diperkudakan dan diulas pada moral yang tidak wajar.
.
Seeloknya perjuangan seni beliau hampir 30 tahun itu dihargai, dinilai, dikaji kehebatan dan rahsianya. Siapa mampu bertahan sebagai nombor satu semenjak belum ada facebook dan media sosial sekarang ? Dari zaman hanya bertunjangkan surat khabar dan majalah beliau terus bertatih membina nama dan prestij. Bukankah selama 30 tahun ini insan bernama Siti Nurhaliza sudah PAKAR dalam bidangnya?
.
Mempersendakan beliau bukan sikap terpuji wahai teman. Apakah itu hanya kepakaran kalian untuk terus ‘ride’ isu atas nama Siti Nurhaliza. Andai terpaling memberi kritikan atau komen sekalipun nilaikan kedudukan anda dengan beliau. Sekurangnya kepakaran Siti Nurhaliza dengan pelbagai anugerah, yayasan beliau serta pengalaman bermula dari bawah adalah anugerah yang lebih bernilai dari segulung ijazah yang belum tentu mampu dipratikkan ke dunia nyata.
.
Berlapang dadalah dengan apa juga cerita tentang Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Beliau sah pakar dalam bidangnya. Mana mungkin Universiti Malaya tangkap muat dalam soal ini.
.
Samada anda peminat tegar atau pembenci terpaling ulung beliau, akuilah Malaysia tidak akan ‘ meriah’ dan ‘sempurna’ tanpa susuk bergelar Siti Nurhaliza. Sebagaimana PMX berjuang selama 24 tahun untuk berada di tempatnya sekarang, Siti Nurhaliza dan Anwar Ibrahim adalah ‘ PAKAR’ dalam bidang mereka.
.
Hati hitam kalian sila bersihkan. Ambil wuduk dan solat taubat. Teruslah berdoa kepada Allah untuk berusaha menjadikan diri kita “ PAKAR” dalam apa juga kita ceburi. Usah asyik ‘membelek’ kain orang lain…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *