ORANGE LEISURE PERKASA PELANCONGAN MESRA MUSLIM KE HAINAN, TAWAR PENGALAMAN EKSKLUSIF DENGAN KEMUDAHAN HALAL LENGKAP
ORANGE Leisure Sdn Bhd terus memperkukuh kedudukannya dalam industri pelancongan apabila memperkenalkan pakej pelancongan mesra Muslim ke Pulau Hainan, sebuah destinasi tropika yang kini giat membangunkan ekosistem pelancongan halal yang komprehensif.
Inisiatif strategik ini diketengahkan sempena penyertaan syarikat tersebut di MATTA Fair 2026 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), sekali gus menarik perhatian pengunjung yang mencari pengalaman percutian luar negara yang selesa, diyakini dan memenuhi keperluan syariah.
Melalui kerjasama erat bersama Hainan Kangtai Travel, Orange Leisure menampilkan keunikan Hainan sebagai destinasi alternatif di China yang menawarkan suasana santai sepanjang tahun, tahap keselamatan yang tinggi serta kemudahan mesra Muslim yang semakin berkembang.
Menurut Pengarah Urusannya, Jimmy Goh, Hainan kini berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam memenuhi keperluan pelancong Muslim.
“Hainan bukan sahaja mempesonakan dengan keindahan pantai tropika, malah turut dilengkapi dengan restoran halal, hotel mesra Muslim serta kemudahan ibadah yang menyeluruh, menjadikannya pilihan ideal untuk pelancong Malaysia,” ujar beliau.
Antara destinasi utama ialah Sanya, yang menawarkan pelbagai pilihan restoran halal, penginapan mesra Muslim serta kemudahan ibadah yang mudah diakses. Dengan kira-kira enam masjid dan lebih 10,000 komuniti Muslim tempatan, pelancong dapat menikmati percutian dengan ketenangan dan keyakinan terhadap keperluan halal.
Selain keindahan alam, Hainan turut memiliki status zon perdagangan bebas (freeport), memberikan kelebihan dari segi harga barangan yang lebih kompetitif berbanding destinasi lain di China. Ini menjadikannya syurga beli-belah bagi pelancong yang mementingkan nilai dan kualiti.
Lebih istimewa, pengalaman bermusim seperti lawatan ke ladang laici pada Mei hingga Jun membuka peluang kepada pelancong untuk menikmati buah segar terus dari sumbernya—satu pengalaman autentik yang jarang ditawarkan di destinasi lain.
Pakej pelancongan ke Hainan ditawarkan pada harga bermula serendah RM1,899, menjadikannya antara pilihan luar negara yang berdaya saing dan mampu milik bagi pasaran Malaysia.
Dengan gabungan kemudahan mesra Muslim, pengalaman unik, kelebihan freeport serta harga yang kompetitif, Hainan dilihat berpotensi besar sebagai destinasi “hot selling” dalam kalangan pelancong tempatan.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan:
Orange Leisure Sdn Bhd
43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-8734 2168
Emel: info@orangeleisure.com
Laman web: www.orangeleisure.com





