MOMOYO & MOTAC ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA PRESTIJ
Lancar DINO Series dan Lagu Raya “Raya Lebih Cool”, Sasar 600 Cawangan Seluruh Malaysia
JENAMA minuman teh inovatif, MOMOYO, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah menganjurkan majlis eksklusif “Majlis Berbuka Puasa with MOMOYO” yang berlangsung penuh meriah di WFactory, Shah Alam. Acara berprestij ini turut menyaksikan pelancaran produk terbaharu DINO Series serta pengenalan rasmi lagu raya istimewa berjudul “Raya Lebih Cool”, bersempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Majlis tersebut menghimpunkan rakan strategik industri, wakil media, pempengaruh digital serta tetamu jemputan khas dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan Ramadan.
DINO Series: Inovasi Kreatif Dengan Pengalaman Unik
Sebagai kesinambungan kepada identiti jenama yang kreatif dan berani, MOMOYO memperkenalkan DINO Series, satu rangkaian minuman yang diinspirasikan daripada gabungan elemen koko dan imaginasi dunia dinosaur.
Siri ini tampil dengan rekaan tear-cup yang unik dan interaktif, memberikan pengalaman menikmati minuman yang bukan sahaja lazat tetapi juga menyeronokkan.
Melalui konsep yang segar dan inovatif ini, MOMOYO terus mengekalkan imej jenamanya sebagai sebuah jenama yang muda, bertenaga serta dekat dengan generasi moden yang menghargai kreativiti dalam setiap pengalaman menikmati minuman.
Lagu Raya “Raya Lebih Cool” Meriahkan Kempen Aidilfitri
Menambahkan lagi kemeriahan acara, MOMOYO turut melancarkan secara rasmi lagu raya “Raya Lebih Cool” yang dipersembahkan oleh penyanyi popular Layla Sania dan Ismail Izzani.
Persembahan penuh bertenaga daripada kedua-dua artis tersebut menjadi antara tarikan utama majlis, selain pelbagai aktiviti interaktif jenama yang mencetuskan suasana ceria dan menghidupkan semangat Aidilfitri.
Kempen ini turut mendapat sambutan luar biasa di media sosial apabila tanda pagar #MOMOYOYRayaLebihCool dan #MOMOYO pantas menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna digital di seluruh negara.
Menurut Alex Tan, Pengurus Besar MOMOYO Malaysia:
“Kerjasama ini bukan sekadar tentang memperkenalkan minuman baharu. Ia adalah usaha untuk mencipta pengalaman yang menggembirakan pelanggan kami. Melalui kreativiti produk dan kempen yang penuh warna-warni, MOMOYO berharap dapat membawa lebih banyak kegembiraan kepada masyarakat, terutamanya dalam menyambut musim perayaan.”
Komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat
Dalam semangat berkongsi keberkatan Ramadan, MOMOYO turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,888 kepada SHUT (Stop Human Trafficking) sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Sumbangan tersebut bertujuan menyokong usaha organisasi berkenaan dalam membanteras pemerdagangan manusia serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu kemanusiaan yang semakin mendapat perhatian global.
Sasaran Pengembangan Agresif: 600 Cawangan di Malaysia
MOMOYO, yang membawa maksud “More and More Young”, kini berkembang pesat dengan lebih daripada 1,500 cawangan di seluruh Asia.
Di Malaysia, jenama ini menyasarkan pembukaan 600 cawangan di seluruh negara, sejajar dengan permintaan pasaran yang semakin meningkat terhadap minuman teh buah segar berkualiti tinggi.
Dengan slogan “Real Food, Real Taste”, MOMOYO menekankan komitmen terhadap penggunaan bahan segar dan autentik dalam setiap produk yang dihasilkan. Antara rangkaian produk utama MOMOYO termasuk:
Fresh Fruit Tea Series
Milk Tea Series
Ice Cream Series
Jumbo Series (minuman bersaiz 1 liter)
Coffee Series
Fuji Smoothies
Gabungan inovasi produk, kualiti bahan serta pengalaman jenama yang unik menjadikan MOMOYO antara jenama minuman yang semakin mendapat perhatian dalam industri makanan dan minuman serantau.
Peluang Francais Terbuka Kepada Usahawan
Seiring dengan strategi pengembangan agresifnya, MOMOYO turut membuka peluang francais kepada usahawan tempatan yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar MOMOYO.
Dengan kos permulaan yang kompetitif serta sokongan menyeluruh daripada pihak syarikat, MOMOYO menyediakan latihan profesional merangkumi operasi kedai, pengetahuan produk, penyediaan minuman, serta strategi pemasaran tempatan.
Pendekatan ini memastikan setiap rakan francais dapat mengendalikan operasi dengan standard tinggi sambil memanfaatkan potensi pulangan dalam industri makanan dan minuman yang terus berkembang pesat di Malaysia.





