LIZA AZIZ BAHAYA

GV11: LIZA AZIZ BAHAYA 🔥
.
Atas kertas sememangnya Liza Aziz diramal juara Gegar Vaganza 11. Berdasarkan kehebatan beliau setiap minggu, hakikat tersebut boleh dijangka. Liza Aziz sedang berada di zon selesa untuk merangkul gelaran teratas itu.

Pun begitu melihat perkembangan konsert demi minggu, saya melihat percaturan Liza Aziz yang mempertaruhkan vokal lantang beliau itu, kelihatan semakin goyah sedikit demi sedikit. Saban minggu saya mengharapkan ada kejutan baharu berbanding persamaan persembahan setiap minggu. Kita bagaikan dapat menjangka setakat mana kehebatan beliau menyanyi . Selain itu tiada sesuatu yang lain untuk diperkatakan.

Apabila kumpulan The Lima yang setiap minggu memperlihatkan kemajuan persembahan berjaya menjadi juara minggu terdahulu dan terkini semalam Ning Baizura pula buat pertamakali bergelar juara, tentu sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak . Itu belum lagi bercerita tentang saingan dari Sheila Abdul dan Dadali Dyrga. Keduanya sentiasa konsisten dalam persembahan dan menghimpit rapat untuk berada di top 3 maupun top 5. Zehra Zamri pun begitu . Siapa sangka beliau mampu berada di tangga ke 3 ; sedangkan sebelumnya sering berada di ‘bottom’ 3.

Ning Baizura pula mula menunjukkan taring dan kembali mempamerkan seperti kehendak Tok Ram menyanyi perlu merdu dan lunak. Ning Baizura jika fokus dengan corak nyanyian beliau tanpa perlu beriya-iya sangat mampu memberi kejutan demi kejutan.

Kebiasaan finalis akhir GV enam orang. Ini bererti kedudukan yang goyah antara Fairuz Selamat , Ronnie Hussien dan seorang lagi finalis yang jika persembahan mereka turun naik . Zehra Zamri bakal menjadi mangsa jika beliau tidak meneruskan kecemerlangan pada konsert suku akhir dan separuh akhir.

Liza Aziz sudah pasti ke pentas akhir. Pun begitu untuk kembali unggul di tempat pertama, beliau perlu ada strategi drastik untuk terus mara meninggalkan pesaing. Selagi beliau masih dengan zon selesanya seperti sekarang, saya yakin Liza Aziz akan berada dalam bahaya.

GV program penuh kejutan dan sukar dijangka. Macam-macam akan berlaku. Liza Aziz perlu bangkit dan berkerjasama bersaing secara sihat dengan para peserta. Lihatlah bagaimana Ning Baizura berjaya membawa Zehra Zamri selaku rakan duet yang baik berbanding gandingan Liza Aziz dan Sheila Abdul yang kurang serasi. Duet dan ‘Battle’ berbeza. Liza Aziz perlu saling melengkapi persembahan berbanding kelihatan beriya untuk tenggelamkan Sheila Abdul. Itu namanya duet.
.
Siapapun juara GV11, saya alukan. Komitmen setiap peserta dengan pelbagai genre lagu tentunya tidak mudah untuk dipersembahkan. Namun untuk seorang legenda seperti Liza Aziz, beliau perlu berada di landasan berbeza penuh persembahan lebih dari biasa jika ingin bergelar juara. ‘Adik-adik’ beliau sedang menghimpit dan mengejar Liza Aziz sekarang ini. Minggu RockDut pasti menjanjikan sesuatu yang menarik untuk ditonton minggu depan bukan? Siapa bakal tersingkir dan siapa unggul di tangga pertama?
.
#GV2024
#GV11
#astrogempak
#StailistaLevelUp Apple Kinn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *