KHAI BAHAR TEMBUSI DFP

PENYANYI SENSASI KHAI BAHAR TEMBUSI
DEWAN FILHARMONIK PETRONAS MELALUI KONSERT SOLO!
 
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) di Menara Berkembar PETRONAS mempersembahkan sebuah konsert istimewa menampilkan penyanyi bersuara lunak Khai Bahar 11 November 2023 lalu.
 
Konsert ini merupakan langkah berterusan DFP menghargai bakat seni tempatan dan memberikan mereka platform untuk mempamerkan bakat mereka, sejajar dengan matlamat DFP untuk memberikan pengalaman muzik merentasi pelbagai genre kepada semua lapisan masyarakat.
 
Pemilik nama sebenar Muhammad Khairul bin Baharudin kelahiran Kangar, Perlis ini mula mencuri perhatian pada tahun 2013 apabila video beliau menyanyikan lagu Di Mana Hatimu dimuatnaik di platform YouTube.
Sejurus itu, lagu Ziana Zain nyanyian beliau, Madah Berhelah menjadi tular di media sosial kerana kemampuan beliau mencapai nada tinggi.
 
Ini disusuli dengan lagu Sudah Ku Tahu di aplikasi Smule yang menjadi perhatian ramai di Malaysia dan Indonesia. Digelar ‘King Of Smule’, nama
beliau menjadi fenomena hingga dilamar menjadi artis NAR Records pada tahun 2016.
 
Lagu perdana beliau, Bayang berjaya meraih jumlah 36 juta tontonan di YouTube diikuti lagu ketiga, Luluh yang mencapai 78 juta tontonan di platform yang sama.
 
Berkebolehan menyanyi dalam genre pop, balada, slow rock, R&B dan irama Melayu asli dengan baik, beliau telah merakamkan lebih 30 buah lagu, 2 album, mencipta 18 buah lagu dan meraih 50 anugerah dalam masa yang singkat.
 
Beliau pernah menjadi finalis di Anugerah Juara Lagu 2022 dan 2023 manakala di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, beliau pernah memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular (2017), Penyanyi Lelaki Popular (2017, 2018, 2019 dan 2023) dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (2020 dan 2021).
 
Khai Bahar secara eksklusif mengakhiri keraian ulang tahun ke-25 DFP tahun ini yangturut menampilkan artis pelbagai genre seperti Stacy, Datuk Ramli Sarip, Kugiran Masdo, Exists. Alif Satar  The Locos dan MPO Jazz Band (yang menampilkan Aishah Retno dan Syafiq Abdillah)
 
Laman Web DFP: www.dfp.com.my
Facebook & Instagram: @dewanfilharmonikpetronas
YouTube: MPO TV, Spotify: MPO, TikTok: @malaysianphilharmonic

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *