EXECUTIVE PERSONAL ASSISTANT DICARI
BE THE RIGHT HAND OF A FOUNDER
Bukan sekadar mencari seorang Personal Assistant.
Kami sedang mencari seorang wanita yang matang, berintegriti, cekap dan mempunyai nilai amanah yang tinggi untuk menjadi individu penting yang bekerja rapat dengan seorang Founder dalam industri Kecantikan, Kesihatan & Lifestyle.
Jawatan ini memerlukan lebih daripada sekadar kemahiran mengurus jadual.
Ia memerlukan kepercayaan, ketelitian, kebijaksanaan, disiplin serta keupayaan untuk bergerak pantas bersama seorang Founder.
📍 Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur
KUALITI YANG KAMI CARI
• Wanita yang matang, kemas, profesional dan mempunyai executive presence
• Amanah, jujur dan boleh dipercayai — nilai paling utama
• Kreatif, proaktif dan mampu mengambil inisiatif tanpa sentiasa menunggu arahan
• Cekap menguruskan jadual, appointment, mesyuarat dan urusan harian Founder
• Mampu bekerja dalam persekitaran yang pantas serta mengurus tekanan dengan baik
• Mempunyai komunikasi yang matang, jelas dan profesional
• Teliti, sistematik, teratur dan mempunyai perhatian terhadap perkara-perkara kecil
• Mampu menjaga kerahsiaan urusan profesional dan peribadi dengan penuh etika
• Selesa bekerja secara dekat dan profesional bersama Founder
• Mempunyai minat terhadap dunia kecantikan, kesihatan, lifestyle, media dan personal branding
• Kemahiran dalam seni solekan merupakan satu kelebihan
THE MOST IMPORTANT QUALITY?
AMANAH.
Seorang Personal Assistant bukan sekadar individu yang menguruskan kalender.
PA menjadi sebahagian daripada ekosistem kerja Founder — mengurus masa, menyusun keutamaan, memastikan urusan berjalan lancar dan membantu Founder kekal fokus kepada perkara yang lebih besar.
Atas sebab itu, kepercayaan menjadi asas kepada jawatan ini.
Kemahiran boleh dipelajari.
Pengalaman boleh dibina.
Tetapi integriti dan amanah perlu hadir bersama diri.
Kami mencari seseorang yang bukan hanya mampu berkata,
“Saya boleh buat.”
Tetapi mampu membuktikannya melalui tindakan, disiplin dan konsistensi.
ANDA MUNGKIN ORANG YANG KAMI CARI.
Jika anda seorang yang kreatif, cekap, matang, tahan tekanan, mempunyai inisiatif dan benar-benar memahami nilai amanah, kami ingin mengenali anda.
📩 DM / HOTLINE: 018-295 2877
Sila sertakan resume untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jawatan, skop tugas dan proses pengambilan.
📍 Taman Melawati, Kuala Lumpur
Serious applicants are welcome.
Perhaps the right hand of this Founder is you.





