IMAGINUR FILEM TERBAIK FFM33

IMAGINUR – FILEM TERBAIK FFM33
.
Dengan pencalonan 15 kategori filem Imaginur dijangka ditabalkan sebagai filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33.
.
Imaginur akan bersaing dengan enam lagi filem dan pesaing terdekatnya adalah filem Abang Adik dan Rain Town.
.
Beto Kusyairy dan Diana Danielle mampu bergelar Pelakon Terbaik menerusi Imaginur sekiranya tidak dicantas oleh lakonan hebat Susan Lankester dan Chiew Kim Wah menerusi filem Rain Town.
.
Sementara filem berwajah Malaysia, Abang Adik, Hungry Ghost Dinner dan Rain Town berjaya ke kategori akhir membuktikan industri filem kita sudah matang. Bahasa filem bukan hanya terhad pada satu bahasa sahaja. Mesej yang diutarakan itu yang perlu dititikberatkan untuk mewakili filem Malaysia yang sebenar.
.
Justeru bukan sesuatu yang luar biasa jika ketiga filem tersebut akan juga menang besar nanti.
Festival Filem Malaysia ke 33 dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan RTM sebagai penyiar rasmi yang mana filem-filem yang dicalonkan adalah ditayangkan pada 1 Oktober 2022 sehingga 30 Jun 2024. FFM33 dijadualkan akan berlangsung pada 7 Disember 2024 di Auditorium Seri Angkasa, Kuala Lumpur.
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *