[1MDB]: MELAWAN PROPAGANDA
Siri 2: Menteri Luar Arab Saudi
Siri 1 kita dah belajar yang Lawyer Shafee masukkan surat FOTOSTAT sebagai bukti derma datang dari Raja Arab.
Bilamana TPR masukkan bukti aliran wang dari BNM dan swift code antarabangsa yang tunjukkan dana yang masuk dalam akaun PM6 sememangnya dari 1MDB.
Di Mahkamah, Hakim sudah putuskan derma Raja Arab itu satu dogengan.
Di luar Mahkamah, team media dan propagandis pula canang video dan media Menteri Luar Arab. Yang sahkan memang dana datang dari sana.
Tapi ini kisah separuh benar ya.
Menteri Luar yang sama juga pernah kata kepada New York Times, yang dia tak percaya dana itu dari keluarga Diraja, mungkin dari individu biasa.
Lepas beberapa minggu bertukar pula. Kata ada pula. Sebagaimana yang mereka warwarkan.
Namun pada 2018, tukar lagi kenyataan, bukan dari Raja Arab. Dan mereka akan bantu Malaysia dalam kes 1MDB. Dan kini Kerajaan Saudi bantu banyak negara lain untuk dakwa kes berkenaan ini.
Thing is, bukti Menteri Luar ini hanya ditanya dalam media. Tiada satu pun surat rasmi diberi dalam Mahkamah.
Team DS Najib pun tak panggil mana2 saksi Kerajaan Arab untuk bantu. Hanya bergantung kepada surat fotostat itu.
Saya bukan apa, kalau betullah Raja Arab menderma ke PM Malaysia punya banyak. RM2.6 billion ya.
Kenapa kita tak diberitahu? Kenapa dah kantoi baru keluar cerita?
Bukankah kalau derma G2G begitu, banyak pulak tu. Amanah seorang Perdana Menteri beritahu Rakyat. Ada transperansi dan akauntabiiti. Bagaimana pula wang derma itu dibelanjakan?
Ya kita tak berkenan dengan Trump.
Tapi bila baru2 ini, Qatar menyumbang jet peribadi, dia umum satu dunia. Rakyat Amerika tahu sahaja.
Tapi bekas PM kita, dapat derma, dibelanjakan untuk politik dia dan belanja mewah keluarga. Dia senyap macam takde apa2.
Cuma keluarkan lepas orang bising. Itu pun tak mengaku pada mula. Habis dipecat semua orang. Termasuk TPM, team AGC dan SPRM.
Thing is, bukti Money Trail dari 1MDB ke syarikat Tanore milik Jho Low dan terus masuk Akaun PM6, sangat glaring, mereka tak boleh nak pusing.
Tu yang diputuskan di Mahkamah oleh Hakim Collin. Tiada bukti money trail yang wibawa nak tunjukkan ia datang dari Raja Arab.
Alasan ditipu Jho Low, lagi mengantoikan diri. Maknanya dia mengaku Jho Low tipu dan menyamun dana 1MDB, masuk ke Akaun Peribadi dia sendiri. Nak kata derma Arab macam mana lagi?
Betul kata Hakim Collin dalam kes 1MDB dan Hakim Karim dalam kes SRC.
Derma Raja Arab ini lagi teruk labunnya dari Hikayat Seribu Satu Malam.
Jangan lah ingat Rakyat ini senang diayam-ayam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki





