GV10 : KEMBALI KE ASAL ATAU…
.
Maka perang 12 minggu Gegar Vaganza All Stars 2023 pun berakhir. Tahniah untuk Jac dan semua bintang yang mempamerkan daya saing yang tinggi. Pun begitu pada kesudahannya tertakluk pada rezeki dan tuah serta strategi itu sendiri.
.
Saya lebih suka mengulas soal strategi terutama pemilihan lagu solo. Apatah lagi markahnya 80 peratus sementara duet 10 peratus dan battle 10 peratus. Nampak bukan kalau silap percaturan lagu solo memang banyaklah markah yang akan hilang.
.
Sebagai contoh Liza Hanim dia bagus duet dengan Aina Abdul, tetapi lagu Celine Dion tu tak sehebat lagu yang Jac nyanyi atau Hady Mirza. Sebabnya Jac dan Hardy tau kekuatan lagu tersebut yang mencabar vokal mereka . Sepatutnya lagu Terus Hidup itu dinyanyikan secara solo kalau Liza mahu jadi juara. Lagu Inggeris bukan makanan Liza. Ini fakta. Kekuatan Liza pada lagu melayu.
.
Begitu juga dengan Tomok- lagu Seberapa Pantas itu tidak sesuai untuk solo, dia perlu lagu balada seperti Berhenti Berharap atau Kekasih Bayangan yang lebih sesuai dengan ciri lemannya itu. Naqiu sepatutnya boleh makan lagu Nur Nilam Sari, tetapi dia agak over dengan jeritan untuk lagu yang perlu dialunkan dengan gemersik itu. Siti Nordiana gagal untuk lagu Kisah Hati , Azaharina pun tidak menonjolkan vokal sebenarnya dalam lagu solo.
.
Hanya Nikki Palikat yang menyerlah dengan lagu Trajedi Buah Epal dengan vokal dan konsep persembahan yang baik. Selepas ini Nikki kena buat lagu seperti itu untuk terus kekal relevan .
.
Timbul persoalan pula mengapa markah duet terlalu sedikit sedangkan komitment para bintang bukan menyanyi ala kadar . Kasihan mereka. Begitu juga penyanyi undangan, hanya sekadar mengiringi. Bawa jauh jauh dari Indonesia, Singapura dan dari Malaysia sendiri sekadar itu sahaja ke. Sekurangnya untuk pentas besar dan berbayar itu penyanyi undangan diberi peluang menyanyi untuk selingan sebelum keputusan .
.
Untuk tahun hadapan GV11 perlu kembali ke asal tujuan. Utamakan artis yang lama tidak muncul. Itu yang perlu bukan? Jika ingin GV terus relevan, tukar pengacara dan juri jugak. Tok Ram jaga muzik je lah. Masih ramai juri lain yang lebih pakar dari ketiga mereka itu.
.
Demikian menurut saya…![]()
.
#gegarvaganza2023
#gv10
#astrogempak
#kataeditor
#stailistaglamz2023
#StailistaGlamz
GV10 – AGENDA TERAKHIR





