FRIM, ALEEZA DAN …
.
Foto saya bersama Supermodel dan pelakon Aleeza Kasim di FRIM ini telah berusia 28 tahun. Ianya diambil sewaktu kami menjalani fotografi fesyen di sini. Dan kenangan itu tetap kekal sehingga kini sebagai moment indah. Antara kehijauan alam, kehebatan Aleeza bergaya berpadu dalam naskah fotografi yang unggul.
FRIM 𝐅𝐎𝐑𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐔𝐍𝐄𝐒𝐂𝐎
12 Julai -2025 -FRIM Forest Park Selangor (FRIM FPS) kini secara rasmi telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pengiktirafan ini diumumkan dalam 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐤𝐞-𝟒𝟕 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐔𝐍𝐄𝐒𝐂𝐎 yang berlangsung di Ibu Pejabat UNESCO, Paris.
Dengan kejayaan ini, Malaysia kini mempunyai enam (6) Tapak Warisan Dunia UNESCO, iaitu:
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ialah sebuah institusi penyelidikan utama di Malaysia yang berdedikasi untuk memajukan penyelidikan, pembangunan dan pemuliharaan berkaitan perhutanan dan hutan. Ditubuhkan pada tahun 1926, FRIM telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pengurusan sumber hutan Malaysia, serta dalam menggalakkan amalan pengurusan hutan lestari.
Terletak di tapak seluas 545 hektar di Kepong, FRIM menjadi tumpuan pelbagai kemudahan dan program penyelidikan, termasuk herbarium, arboretum, tempat eko-pelancongan, dan makmal. Dengan komitmennya terhadap kecemerlangan dan inovasi, FRIM diiktiraf secara meluas sebagai peneraju dalam penyelidikan hutan tropika dan merupakan penyumbang bernilai kepada usaha global untuk memulihara dan mengurus ekosistem hutan secara mampan.





