Perkembangan terkini anda?
Menjalankan bisnes production house, iaitu EA ENTERTAINMENT SDN BHD. Dan telah pun menghasilkan supertele yg bertajuk KAMPUNG KE, yg kini sedang bersiaran di saluran 480 AstroFirst, Pawagan Rumah Anda.
Untuk para peminat baharu dan remaja yang masih belum mengenali anda lebih dekat, boleh perkenalkan diri anda serta sejarah penglibatan sebagai anak seni?
Saya memulakan kerjaya seni dari 1988 sebagai seorang model pentas (cat walk), model video clip, model iklan tv. Dan dalam masa yang sama, saya yang berjiwa ‘rock’ ini, adalah vocalist kumpulan band rockers wanita bernama PIRANNA. Zaman itu, zaman ‘Rock Kapak’ tengah up dan selalu lepak jamming di studio studio area Pertama Compleks dan Wilayah Complex. Ketika itu, saya dikenali sebagai “AhCun”. Tetapi band saya ni tak sempat pun buat album, dah berpecah. Selepas itu saya bergerak solo. 1991, saya berkahwin dengan salah seorang ahli kumpulan Qiara (lagu popularnya HANYA PADAMU). 1993 saya kembali aktif, tetapi hanya sebagai model iklan, pelakon dan duta duta produk (sehingga kini).
Pernah menyertai beberapa pertandingan RATU CANTIK. Antaranya, saya menyertai pertandingan ratu cantik MISS WORLD 1994/95. Selected for Wilayah. 1994, Johan untuk Ratu Cantik S.E.N.Y.A.P. Pada 1996, menyandang gelaran Johan untuk PUTERI CEMPAKA (peringkat kebangsaan) Naib Johan untuk peringkat Internasional di Jakarta. Tahun 2000, memenangi beberapa kategori dalam pertandingan ratu cantik KDE. Antaranya First runner-Up Miss Blue Sea. Miss Body Beautiful. Miss Charming.
Siapa artis yang menjadi idola anda ketika anda ingin terjun ke dunia lakonan ini ? Saya sangat admire dengan perwatakan Noorkumalasari dalam drama drama lakonan beliau. Tetapi, artis pertama yang membuat saya minat nak terjun ke dunia seni ni (masa zaman sekolah, adalah penyanyi Datuk Shake dan Ella.
Antara drama anda yang menjadi perhatian dan mengangkat nama anda ?
Saya rasa, drama pertama yang orang boleh ingat saya ialah, drama drama bersiri, seperti, Kisah Benar. Sembilu dan Sembilu Kasih. Kampung Girl. Janji Adam. Obsesi. Hani. Vanila Cokelat. Fajar Aiman. Tanah Kubur dan lain lain lagi.
Bercerita tentang kanser yang anda pernah hadapi, bagaimana perkembangan kesihatan anda sekarang?Alhamdulillah…semakin baik. Dan saya masih lagi dalam fasa rawatan susulan, setiap 3 bulan sekali di IKN (Institut Kanser Negara).
Ceritakan pengalaman pahit manis anda setelah disahkan menghidap kanser ? Pada awal saya disahkan sebagai pengidap kanser, saya tidak terkejut sangat sebab, tahun tahun sebelum ni, (dah banyak kali keluar masuk hospital) saya dah alami macam macam sakit, yang doktor kata, boleh dikategorikan sebagai kanser, tapi pada akhirnya tidak pulak.
Pada 2021, bila sakit pada bahagian perut saya mendadak naik, saya sudah bersedia menerima kenyataan. Cumanya saya rasa tertekan/down sedikit, apabila saya terpaksa menahan sakit yang amat sangat dan tidak dapat menjalankan operation dengan kadar segera disebabkan PKP serta kekangan kewangan.
Tetapi saya beruntung dengan adanya suami dan anak anak di sisi memberi semangat. Saya positifkan minda. Setiap ujian yang Allah berikan kepada hambanya, tidak sama. Dan saya terpilih untuk ujian berat ini, tanda Allah sayang.
Anda mendapat sokongan dari para netizen dalam mengutip dana untuk perubatan anda, boleh kongsikan rasa terharu dan penerimaan anda terhadap bantuan mereka ini?
Saya sangat sangat bersyukur kepada Allah SWT, di atas ujian ini. Walaupun sangat berat, tetapi Allah hadirkan saya netizen yang sangat baik yang mana mereka mengasihi saya dengan memberi sokongan moral dan juga bantuan kewangan. Dana untuk operation tu, terkumpul dengan cepat dan mencukupi utk membiayai perubatan saya. Saya amat terharu dengan pertolongan semua orang. Waima seringgit pun derma dari mereka, ia amat bermakna buat saya ketika saat getir itu. Sesungguhnya kuasa Allah itu sangat luas.
Setelah berjaya keluar dari penyakit kanser ini apa nasihat anda terhadap mereka yang bakal, pernah dan sihat tentang pengetahuan mereka tentang penyakit kanser ini? Jangan pernah lemah dan lelah dengan ujian Allah. Apa jua sakit, kita kena redha sambil berusaha berubat. Setiap sakit ada ubatnya. Untuk kanser ni, jangan biarkan diri kita stress. Stress boleh menyebabkan kanser ni grow dengan cepat. Jaga pemakanan mengikut saranan doktor. Bersenam selalu untuk kecerdasan badan kita.
Apa lagi impian anda yang ingin anda gapai ?
Mencari redho Ilahi.
Bakat atau paras rupa? Komen anda …
Dua dua penting. Bakat amat perlu. Kalau tak ada bakat, diasah macam manapun, susah jugak. Bila paras rupa kurang boleh dimakeup atau upgrade bila dah ada duit nanti.
Masa lapang jika tidak terlibat dengan aktiviti seni, apa yang anda lakukan ?
Selain dari buat charity work, buat masa sekarang ni (sakit belum sembuh 100 peratus lagi), layan anak bulus… ada 13 ekor anak kucing.
Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan?
Puteri Lilin
Prinsip hidup anda?
Takkan mengalah selagi belum mencuba. Jangan menangguh sesuatu yang nak dibuat,
Biodata :
Nama penuh : Noor Akma Binti Yunus
Nama komersil : Emma Akma Yunus
Asal : Perak
Hobi : Membaca
Status : Berkahwin
Kerjaya : Pelakon
Media sosial :
FB/ Emma Akma Yunus
Instagram / Emma Akma
Tiktok/ @emmaakma25official
Nama penuh : Noor Akma Binti Yunus
Nama komersil : Emma Akma Yunus
Asal : Perak
Hobi : Membaca
Status : Berkahwin
Kerjaya : Pelakon
Media sosial :
FB/ Emma Akma Yunus
Instagram / Emma Akma
Tiktok/ @emmaakma25official





