DRAMA GEGAR VAGANZA 12

GEGAR VAGANZA 12 : DRAMA LEGENDA SENI
.
SESAK nafas saya bila Zaiton Sameon muncul dan dikatakan peserta Gegar Vaganza 12 (GV12) yang ke 14. Biar betul. Agenda apakah ini?
.
Namun saya tahu untuk kekal relevan GV perlu sentiasa ada nilai kejutan dan drama. Itulah realiti setiap program sebegini. Lagi banyak drama lagi banyak viral. Dan akan diperkatakan netizen. Nyatanya belum peserta pertama menyanyi, GV12 sudah trending di X. Berbaloi bukan bawa Zaiton Saneon ke pentas GV✌️
.
Apabila ada segmen khas untuk para Legenda yang lama tidak muncul atau tidak mahu join GV, segmen begini amat bersesuaian untuk menghilangkan kerinduan para peminat. Sekaligus memberi tribute kepada living legend untuk terus dikenang dan di hargai generasi baharu.
.
Untuk minggu berikut pastikan Bintang yang betul betul Legenda dan jarang muncul dan tidak mungkin join GV musim seterusnya diberi ruang. Seperti Fauziah Latif, Dato’ Francesca Peter, Dwen, Iwan atau sesiapa yang ada nilai komersil tinggi di jemput. Ini tarikan utama GV12 .
.
Ada yang mengatakan GV12 akan suram kerana kurang bisa lantaran peserta yang kurang hebat. Saya tak fikir begitu. Branding GV selama 12 tahun sudah cukup kuat . Program realiti lain hanya bersiaran 8 minggu, sedangkan GV 12 minggu. Dari situ saya melihat GV tetap akan jadi program nombor satu yang sentiasa ditunggu-tunggu. Dramanya dengan kelucuan Nabil, Sherry serta para juri juga penarik utama. Tok Ram, Bonda Hetty dan Datuk Syafinaz sentiasa dinantikan kritikan mereka.
.
Pun begitu berdasarkan persembahan minggu pertama, saya sudah dapat menjangka barisan peserta akhirnya nanti. Persaingan akan tetap hangat setiap minggu. Cuma seperti kata Tok Ram, jangan salah pilih lagu. Itu nasihat terbaik untuk mara ke final.
.
Persaingan peserta antara Mendua, Rahmat Ekamatra, Mark Adam, Iskandar Ismail, Ruri Repvblik, Krisya dan Nubhan adalah yang boleh diperhatikan. Sementara yang lain barangkali pelengkap program. Tetapi drama dan kejutan 11 minggu macam-macam boleh terjadi bukan? Yang kita anggap menyengat awal , di potong oleh peserta underdog.
.
GV12 akan terus dinantikan sekiranya terus fokus pada tribute untuk bintang lama yang ingin kembali menyanyi. Dan Legenda yang hampir dilupakan ini wajar diraikan dan diberi penghormatan ketika masih hayat ada.
.
Seperti mana Legenda Zaiton Sameon, saya mengenali beliau dan faham betapa jiwa seni itulah kekuatan dan semangat untuk beliau terus ‘ Hidup’ meskipun berhadapan dengan seribu luka dalam perjalanan hidup dan seninya. Apabila mic sudah digenggaman, melodi bersatu, di situlah jiwa seni tetap gah dan bernyala. Itulah sebenarnya pentas dan hidup anak seni!
.
 
 
 
 
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *