Hadiah terindah adalah apabila terus di sini
bernadi, bernafas dan berinspirasi dengan agendaNya.
.
Terima kasih buat emak dan abah kerana kasih sayangnya dan anakmu ini tetap berdiri teguh dalam segala cerita hidup tanpa mengalah.
.
Alhamdulilah untuk segala jerih perih, suka duka dan seribu satu cerita yang dilalui. Aku reda dan bahagia dengan takdirNya.
.
Al-Fatihah untuk emak dan abah juga diri sendiri atas kelahiran seorang Anwar Razali pada hari ini. Dan juga Al-Fatihah dan doa yang ranum untuk semua yang pernah hadir, pergi, tinggal dan setia bersama. .
Allah merahmati kalian dunia akhirat. Ameen