DI SEBALIK LANOS

Ceritakan siapa anda dan kerjaya, serta perkembangan terkini anda?
Saya seorang yang positif, sentiasa berpandangan jauh dan sentiasa upgrade diri dengan ilmu-ilmu dan connection yang baharu serta tidak pernah jemu untuk menimba ilmu.

Untuk 2024, apakah misi dan visi anda?
Mengeksport produk-produk ke luar negara dan memperkenalkan jenama Lano’s ke luar negara dengan bekerjasama dengan agensi seperti Martrade dan MITI. Membuka cawangan Lano’s ke setiap negeri di seluruh negara Malaysia. Mennjadi usahawan yang berdaya saing dan berjaya mendapatkan investor yang padu dan kukuh

Apakah cabaran terbesar anda untuk bersaing sebagai ahli perniagaan seterusnya meletakkan jenama Lano’s sebaris dengan produk popular yang lain ?
Capital dan persaingan dari segi nama yang masih belum dikenali serta pesaing yang selalu meniru dan menciplak produk-produk terbaik yang dihasilkan Lano’s.

Bagaimana anda berhadapan dengan persaingan dan cara terbaik untuk memastikan jenama anda diterima semua?
Sentiasa upgrade produk dan buat RnD yang berterusan serta menghasilkan product yang berkualiti dan mantap.

Antara momen dan anugerah terindah pernah anda lalui di sepanjang kerjaya ini?
Saya berjaya menjalankan business dengan berjaya dan ada pelbagai aset-aset seperti mesin, foodtruck dan lain-lain lagi. Apatah lagi pada peringkat awal terjun ke bidang ini saya dicemuh dan dipandang sinis kerana tidak mempunyai pengalaman dalam bidang bussiness.

Untuk remaja yang ingin memilih kerjaya dalam bidang perniagaan seperti anda, apa nasihat terbaik anda untuk mereka?
Cekal, tabah, tekun, istiqamah dalam bidang ini serta sentiasa upgrade diri dan tidak pernah jemu untuk belajar serta memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dan berjaya.

Siapakah idola anda dalam bidang usahawan ini dan mengapa memilih beliau?
Idola saya Abdul Rahman Bin Auf, Robert Kiyosaki, Warren Buffet dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana jasa-jasa mereka dalam memajukan bidang perniagaan ini sehingga menjadi seorang usahawan yang super berjaya dan memberi manfaat yang berterusan kepada masyarakat sehingga kini.

Bakat lain yang ramai tidak tahu tentang diri anda?
Saya suka bermain bola sepak, futsal, padel. Dari segi networking, boleh dikatakan saya lebih bersifat matching energy, mudah mengawal keadaan jika suasana tegang, connection yang ramai serta mudah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengenal pangkat dan darjat.

Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan?
Vision (berpandangan jauh), pemurah, sentiasa upgrade diri dalam mencari ilmu dan tidak selesa berada dalam satu takuk yang sama untuk suatu jangka masa yang lama.

Prinsip hidup anda?
If Thanos is A Villian, Here Come Your Heroes.

Sebagai seorang usahawan, apakah rahsia anda untuk terus kekal bergaya, petah berbicara serta disenangi ramai?
Sentiasa menjaga penampilan diri dan always been humble no matter how succesful you are.

Pandangan anda tentang baik buruknya kepesatan gelombang media sosial dikalangan netizen hari ini?
Amat diperlukan bagi golongan usahawan bagi reach more people and enggagement kerana bagi menonjolkan lagi kelebihan dan kehebatan produk.

5 tahun dari sekarang anda adalah? :
Billionair yang dermawan dan banyak membantu anak yatim, pusat tahfiz dan golongan susah yang memerlukan.

Biodata :
Nama penuh : Allan Yusoff
Nama komersil : Carlito Lano’s
Kerjaya : Usahawan
Pendidikan : Bachelor Of Degree at USM
Asal : Kelantan
Adik beradik: 3 orang
Hobi : Research RnD , Nature , Wildlife
Anugerah : X-Preneurs Academy
Media sosial : FB/ Instagram/ Tiktok : LANO’S

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *