Makan Dim Sum Di Shanghai Sambil Gelak?
KENAPA Susah Sangat Nak Heret Jho Low Balik Malaysia?”
Sakit hati.
Itu je perkataan yang sesuai bila baca laporan terbaru pasal mamat ni.
Di saat rakyat Malaysia ikat perut bayar hutang negara yang berbilion ringgit tu.
Di saat kita pening kepala tengok nilai Ringgit kejap naik kejap turun.
Rupa-rupanya, dalang utama skandal kewangan terbesar dunia, Jho Low, didakwa sedang goyang kaki di Shanghai, China.
Laporan daripada wartawan penyiasat antarabangsa, Bradley Hope (penulis buku Billion Dollar Whale), bukan calang-calang.
Pasukan risikan mereka mendakwa Jho Low kini bukan lagi hidup dalam persembunyian di dalam lubang tikus.
Sebaliknya, dia dipercayai hidup selesa di salah sebuah kawasan elit di Shanghai.
Ini bukan penjara ya tuan-tuan.
Ini kawasan orang kaya-kaya di mana dia dikatakan masih ada pengawal peribadi, bebas bergerak dan masih mengadakan parti tertutup untuk rakan-rakan rapat.
Lebih mengejutkan, isu pasport dia.
Laporan antarabangsa sebelum ini, termasuk dari
Al Jazeera, mendedahkan Jho Low memiliki kerakyatan Cyprus (sebuah negara di Eropah) melalui skim “Golden Visa”.
Dengan pasport negara luar seperti Cyprus atau negara kepulauan Caribbean, dia boleh bergerak merentas sempadan tanpa menggunakan pasport Malaysia yang dah lama dibatalkan.
Persoalan besar yang bermain di fikiran kita semua ialah:
Kenapa China Tak Tangkap Dia?
Bukankah China dan Malaysia ni kawan baik?
Hubungan dagang kita berbilion. Diplomatik kita erat. Kalau setakat nak tangkap seorang mamat yang dikehendaki Interpol, petik jari je Beijing boleh buat.
Tapi kenapa mereka diam seribu bahasa?
Jawapannya mungkin lebih menakutkan daripada apa yang kita sangka.
Dalam dunia geopolitik, penjenayah kolar putih yang “bijak” dan licik macam Jho Low ni tak dipandang sebagai sampah oleh kuasa besar.
Sebaliknya, dia dipandang sebagai ASET.
Cuba kita tengok dari sudut pandang China.
Jho Low ni bukan perompak bank biasa yang pakai topeng pecahkan mesin ATM.
Dia adalah “Mastermind” yang berjaya memanipulasi sistem kewangan Amerika Syarikat (Wall Street), menembus bank Swiss dan berkawan dengan elit Arab Saudi.
Dia tahu selok-belok “jalan tikus” dalam dunia kewangan global.
Dia tahu macam mana nak pindahkan duit berbilion tanpa dikesan oleh radar Amerika.
Sekarang ni, China sedang berdepan tekanan ekonomi dan sekatan teknologi dari Amerika Syarikat.
Jadi, mempunyai seseorang yang pakar dalam “memintas” sistem kewangan Barat adalah sangat berguna.
Ada teori kuat dalam kalangan penganalisis perisikan mengatakan Jho Low kini mungkin menjadi penasihat senyap kepada syarikat-syarikat tertentu untuk urusan pelaburan luar negara.
Dia bukan lagi pelarian biasa, tapi mungkin “tahanan rumah” kelas atasan yang diperah otaknya untuk kepentingan strategik.
Benda ni bukan baru dalam sejarah dunia.
Tengok kes Edward Snowden.
Dia dikehendaki oleh Amerika Syarikat sebab bocorkan rahsia NSA. Mana dia lari?
Rusia.
Kenapa Rusia simpan dia? Sebab maklumat dalam kepala Snowden tu mahal. Rusia takkan bagi dia balik pada Amerika walaupun Amerika merayu.
Kuasa besar akan simpan orang-orang macam ni sebagai “Bargaining Chip” (Modal Tawar Menawar).
Hari ni mungkin China simpan Jho Low.
Mana tahu, 5 atau 10 tahun lagi, bila China nak minta sesuatu yang besar daripada Malaysia (contohnya projek strategik atau konsesi), barulah Jho Low akan “dihadiahkan” kembali di atas dulang emas sebagai tanda persahabatan.
Dunia geopolitik ni kejam, tuan-tuan.
Ia tak ada moral. Ia cuma ada kepentingan.
Malaysia pula?
Kita tersepit di tengah-tengah. Kita dalam dilema “Ditelan mati emak, diluah mati bapak”.
Kita nak Jho Low balik untuk diadili. Itu maruah negara. Undang-undang mesti ditegakkan.
Tapi dalam masa sama, kita tak boleh “langgar” China secara kasar.
Ekonomi kita banyak bergantung pada pelaburan Beijing. Kalau kita bising sangat sampai China terasa hati, padahnya besar pada ekonomi rakyat marhaen.
Sebab tu kerajaan kita (tak kira siapa jadi PM), selalunya guna pendekatan diplomasi senyap.
Runding belakang tabir.
Cuma itulah, rakyat dah penat menunggu.
Sampai bila penjenayah yang dah memalukan nama negara di mata dunia ni nak lepas bebas?
Dunia sekarang makin pelik.
Disebabkan geram sangat, komuniti wartawan bebas dan netizen antarabangsa sampai wujudkan kempen “Manhunt” (Pemburuan Manusia) secara digital.
Mereka wujudkan laman web khas untuk orang ramai salurkan maklumat. Malah ada komuniti kripto yang buat “meme” sebagai tanda protes, menjadikan pencarian Jho Low satu fenomena internet global.
Bayangkan, rakyat dunia lebih agresif memburu penjenayah berbanding kerajaan-kerajaan yang terikat dengan birokrasi politik.
Ini satu isyarat bahawa sistem keadilan global kita dah “rosak”.
Kalau kau curi ayam di pasar, esok lusa kau masuk lokap.
Tapi kalau kau curi berbilion dan kau ada maklumat yang kuasa besar nak, kau boleh duduk di Shanghai, makan sedap, dan dilindungi oleh tembok besar politik antarabangsa.
Apa pun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Mungkin hari ini dia selamat sebab dia “berguna”.
Tapi bila sampai satu masa dia dah tak ada nilai (expired asset), masa tu lah sejarah akan menghukum dia.
Cuma untuk kita rakyat biasa, kisah Jho Low ini adalah satu peringatan pahit.
Bahawa dalam dunia tanpa sempadan hari ini, “Keadilan” itu seringkali tunduk kepada “Kepentingan”.
MasyaAllah. Moga Allah selamatkan negara kita daripada terus diperkotak-katikkan oleh petualang yang menjual maruah bangsa demi kekayaan peribadi.
Dan moga satu hari nanti, kebenaran akan muncul juga mengatasi segala tipu daya manusia.
Dunia ni bukan macam apa yang kita nampak dalam berita TV.
Ada banyak tangan ghaib, percaturan kuasa besar dan strategi licik di sebalik tabir yang menentukan nasib sesebuah negara.
Begitulah. Apapun, teruskan berdoa.
Oleh : Mazlan Syafie





