Lupa nak pakai minyak …
.
Sebaik sahaja pintu lift terbuka, kelihatan seorang bapa dan si anak tersenyum lebar sambil ketawa kecil. Mereka ternyata tidak keluar dan akan naik semula.
.
‘Lupa pakai minyak rambut !’ pantas si anak yang saya rasa masih di darjah tiga itu bercerita. Si bapak hanya tersenyum lebar melihat keletah si anak.
‘ Kurang hensem la ye nanti?’ tambah saya menceriakan suasana . Si anak tersipu malu .
.
Mereka keluar ketika di tingkat 5; pun begitu saya masih senyum sendiri dengan situasi tersebut. Sikap si bapa yang tidak kisah melayan kemahuan anak itu mengusik hati. Betapa indahnya momen ini , akrabnya kasih sayang antara keduanya.
.
Dulu abah saya juga sabar dengan kerenah saya. Sabarnya tahap tertinggi kerana saya dan adik beradik lain ada perangai macam-macam.
.
Saya masih ingat abah akan menunggu saya ‘ melepaskan hajat’ pada jam dua pagi. Waktu itu tandas kami luar rumah. Abah tetap setia menunggu dalam dingin pagi dan godaan nyamuk.
.
Itu belum lagi bercerita bab cerewetnya saya bab makan. Dulu ketika bersahur, abah yang menyediakan juadah. Setelah siap, barulah dikejutkan kami enam beradik . Emak yang sakit terlantar bertahun, maka abahlah mengambil alih tugas tanpa keluh kesah.
.
Cerita lupa pakai minyak rambut adik tadi, buat saya sebak dan rindu pada memori waktu sekolah. Saya pernah pakai minyak kelapa sebagai minyak rambut untuk nampak rambut kemas. Lucu bukan?
.
Untuk yang masih ada ibu ayah, hargai lah momen bersama. Anda akan terindu-rindu akan nostalgia lalu itu apabila kita telah kehilangan mereka … ![]()
![]()
![]()
.
8:8:24
Kuala Lumpur
CERITA PAGI YANG MANIS





