BILA SCORPION TUNGGU SEJAM…

BILA SCORPION TUNGGU SEJAM…
.
Happy Hours Gais 🎉🎉🎉🎉🎉
Riang ria berkongsi cerita sambil menikmati menu makanan laut dan pelbagai hidangan enak di KL Steamboat & Grill bersama selebriti 90an Azura Aziz Yusrina Md Yousoff Cheb Ali Masrawi serta teman media dan Sahabat dunia akhirat yang sentiasa menyokong kerjaya kewartawanan selama lebih 30 tahun kami kenal.
.
Syed Wafa bukan calang-calang artis, pelukis, guru vokal, mua dan wartawan. YouTube Wafa TV juga eksklusif dengan paparan cerita artis veteran yang berbeza pendekatan laporan Wafa. Pengalaman beliau mengenalikan ‘event management’ cukup hebat. Dikenali seluruh selebriti terutama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Jamal Abdillah, Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ziana Zain, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah dan artis A-List veteran, lama dan baharu . Memiliki profile hebat bersama Michael Jackson, Mariah Carey, Justin Bieber dan ramai lagi. Ada hobi hebat mengumpul barangan antik, unik dan edisi terkini. Jika berkunjung ke rumahnya terus kita teruja kerana seumpama melawat muzim seni yang hebat.
.
Azura Aziz mengimbau kenangan berfotografi bersama kumpulan Scorpion yang dikendalikan oleh Wafa. Lebih menariknya kumpulan Scorpion pula terpaksa menunggu Wafa dan Azura sejam. Hebat uols. Artis international yang menunggu ye? 😅
.
Sementara Rina dari kumpulan Eva turut menceritakan betapa seronoknya bila dapat menyanyi di kediaman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak anjuran syarikat Wafa. Lebih best bayaran pun lumayan . Dan Wafa bayar cash.
.
Jumaat ini ada sesuatu yang istimewa untuk Wafa. Kita rahsia dulu. Ianya sesuatu yang membanggakan kerana diiktiraf oleh organisasi hebat negara. Tahniah awal dari team Stailista-Glamz Stailista Stailista TV Stailista by Anwar Razali
.
Saya dan Rose Cun bangga dengan anda. Sebagai sahabat baik, saya ucapkan terima kasih dan syukur kerana sentiasa bersama dalam susah dan senang. Terima kasih juga memperbetulkan fitnah yang ditemparkan pada saya itu. Wafa lebih mengenali saya. Persahabatan kami telah terjalin lama. Jika berkunjung di kediaman Wafa di Selayang, saya tidur di bilik tetamu yang berhias indah dengan perabut mewah. Bilik tersebut juga pernah didiami Biduanita Negara ke 2, Datuk Sharifah Aini.
.
Hakikatnya persahabatan kami bukan sekadar teman media, malahan lebih dari itu. Berkongsi segala cerita yang sulit, misteri, panas, mesra dan viral. Lalu bila Wafa mengamuk bila saya di fitnah, saya terharu dan bersyukur kerana ada sahabat yang berani mempertahankan saya ketika saya di kutuk dan difitnah tanpa saya tahu dan ada di situ. Terima Kasih juga untuk Datin Elveena Iris yang menceritakan kisah sebenar kejadian itu. Dia team saya, sudah pasti beliau ingin sahkan berita tersebut .
.
Dalam apa juga agenda hidup kita sentiasa ingin kelihatan hebat di mata manusia sehingga kita terlepas kata dan perbuatan. Namun bagi saya, saya tetap saya. Saya tau siapa saya. Masa akan menentukan segala kebenaran. Allah tidak tidur! Dia sentiasa melihat, mendengar apa juga tindakan kita. Berhati-hatilah ye.
.
Buat Wafa, Rose Cun, Azura, Cheb Ali, Rina dan suami, saya doakan kalian terus dirahmati Allah dunia akhirat. Semoga Allah memudahkan segala urusan, murah rezeki dan terselamat dari manusia munafik dan musuh dalam selimut. Salam Ramadan uols. Nanti kita ‘ happy hours’ lagi dan berfotografi yang lebih asyik dan dramatik. Seumpama kisah hidup kita yang sering diperkatakan, diskodeng dan diviral itu.✌️☺️😋😎
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *