.
GV10 : BEZA ZAMANI & LIZA HANIM
.
Kreativiti. Itulah bezanya. Liza Hanim memberikan wajah baharu untuk persembahannya, sementara Zamani hanya dengan dirinya. Sekadar vokal merdu sahaja bukan tiket untuk kekal lama di Gv All Stars ini.
.
Bila bertanding seseorang penyanyi itu perlu keluar dari kebiasaan mereka. Dalam dua minit lebih persembahan mereka perlu kreatif. Lihatlah betapa konsistennya Naqiu dan Liza Hanim serta Tomok kerana bijak variasi persembahan pentas mereka . Visual penting disamping lontaran vokal yang mantap.
.
Sewajarnya lagu Kau Pergi Jua tidak perlu mengikut acuan asal lagu tersebut sekiranya Zamani tidak mampu untuk mengejar tempo ; cukup sekadar iringan piano atau gitar kapok sahaja sudah memadai. Lagu evergreen tersebut jika diadun dengan vokal hebat Zamani pasti lebih enak seperti mana minimalnya muzik Gerimis Mengundang.
.
Untuk peringkat seterusnya Liza Hanim dan Naqiu adalah pilihan saya ke pentas final. Seseorang penyanyi hebat itu adalah mereka yang mampu memberi impak pada keseluruhan persembahan, Konsep, busana , vokal serta kreativiti yang wow. Kalau sekadar melontarkan vokal baik dengar Spotify atau YouTube je .


.





