AURUM GOLD Perkenal Ekosistem Emas Moden, Sasar Jadi Jenama Bertaraf Global dari Malaysia
INDUSTRI emas tempatan kini menyaksikan kemunculan sebuah jenama baharu yang semakin mencuri perhatian pasaran apabila AURUM GOLD secara rasmi memperkenalkan platform emas moden yang menawarkan pendekatan lebih menyeluruh dalam pengurusan aset bernilai.
Walaupun masih baharu dalam industri, AURUM GOLD dilihat berpotensi besar untuk menjadi pemain utama dalam sektor logam berharga menerusi model perniagaan yang lebih progresif dan relevan dengan keperluan pengguna masa kini.
Tidak hanya tertumpu kepada urusan jual beli emas semata-mata, AURUM GOLD tampil dengan ekosistem komprehensif yang merangkumi pembelian emas, perkhidmatan buy back, pertukaran barang kemas (trade-in) serta penyelesaian perlindungan nilai aset dalam satu platform bersepadu.
Pendekatan ini dilihat sebagai satu langkah strategik dalam memberi nilai tambah kepada pengguna yang semakin peka terhadap kepentingan diversifikasi aset dan perlindungan kekayaan jangka panjang.
Momentum jenama ini semakin kukuh apabila Majlis Exclusive Soft Launch AURUM GOLD yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini berjaya menghimpunkan ramai usahawan, pelabur strategik serta jemputan khas daripada pelbagai latar belakang industri.
Majlis tersebut turut menandakan permulaan kepada perancangan lebih besar yang sedang dirangka syarikat bagi memperluaskan pengaruh jenama ke pasaran lebih luas.
AURUM GOLD diterajui oleh Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, selaku Co-Founder dan Pengerusi AURUM GOLD, yang membawa visi besar untuk membangunkan sebuah ekosistem logam berharga moden yang lebih telus, dipercayai dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Menurut beliau, kepercayaan menjadi asas utama kepada pembangunan jenama tersebut dalam memastikan setiap pelanggan memperoleh akses kepada transaksi emas yang selamat, profesional dan bernilai tinggi.
“AURUM GOLD percaya bahawa emas bukan sekadar instrumen simpanan tradisional, tetapi merupakan simbol kestabilan kewangan serta aset bernilai yang mampu melindungi masa depan generasi akan datang,” katanya.
Berteraskan slogan rasmi “Built on Trust. Backed by Real Gold.”, AURUM GOLD kini bersedia untuk melangkah lebih agresif dalam memperkukuhkan kedudukannya dalam industri emas tempatan sambil meneroka peluang pengembangan di peringkat serantau dan global.
Dengan peningkatan permintaan terhadap aset fizikal yang stabil serta trend pelaburan emas yang terus berkembang, AURUM GOLD optimis untuk muncul sebagai antara jenama emas moden yang diyakini masyarakat pada masa hadapan.





