Auntea Jenny Raih Pensijilan Halal Malaysia, Catat Pengiktirafan ASEAN Records & ASIA Records
JENAMA minuman teh buah premium antarabangsa, Auntea Jenny terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran Malaysia apabila secara rasmi mengumumkan bahawa 12 cawangannya di seluruh negara telah menerima Pensijilan Halal Malaysia, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh sistem pematuhan, pengurusan kualiti serta standard operasi jenama tersebut di peringkat tempatan.
Pengumuman bersejarah itu diraikan menerusi sebuah majlis khas yang turut disaksikan oleh Pengarah Eksekutif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBrs. Ustaz Muhyiddin Bin Aziz @ Saari, selain kehadiran Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta selebriti terkenal Bella Astillah.
Majlis tersebut menjadi simbol komitmen Auntea Jenny dalam memastikan setiap aspek operasi jenama mematuhi piawaian Halal yang ketat, termasuk pengurusan rantaian bekalan, kawalan kualiti bahan mentah serta sistem operasi di setiap cawangan.
Perkukuh Standard Halal, Tingkatkan Keyakinan Pengguna
Pensijilan Halal ini melibatkan cawangan utama di beberapa lokasi strategik termasuk di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Melaka.
Dengan proses pensijilan yang terus diperluaskan, Auntea Jenny komited untuk menyeragamkan standard operasi di seluruh negara, sekali gus meningkatkan kestabilan perkhidmatan dan memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap jenama tersebut.
Sasar 100 Cawangan Menjelang Akhir 2026
Ketika ini, Auntea Jenny memiliki hampir 50 cawangan di Malaysia dan menyasarkan untuk melepasi 100 cawangan menjelang penghujung tahun 2026.
Seiring pertumbuhan agresif itu, syarikat turut memperkukuh keupayaan dalam aspek pemilihan lokasi strategik, latihan tenaga kerja, inovasi digital serta pengurusan operasi bagi memastikan pengalaman pelanggan kekal konsisten di setiap cawangan.
Diiktiraf ASEAN Records & ASIA Records
Dalam majlis sama, Auntea Jenny turut menerima pengiktirafan berprestij daripada ASEAN Records dan ASIA Records menerusi pencapaian:
“Mango Pomelo Sago Paling Laris daripada Rangkaian Minuman Teh Segar”
Pencapaian itu direkodkan selepas jualan sebanyak 85,951,586 cawan pada tahun 2025, dengan rangkaian globalnya kini merangkumi 11,494 cawangan di empat negara setakat Disember 2025.
Pengiktirafan ini sekali gus membuktikan kekuatan jenama tersebut dari sudut prestasi jualan, penerimaan pengguna serta skala pengembangan global.
Pelancaran Aplikasi Rasmi Malaysia
Sebagai sebahagian daripada strategi transformasi digital, Auntea Jenny turut melancarkan aplikasi mudah alih rasmi di Malaysia bagi meningkatkan pengalaman pelanggan melalui sistem ganjaran, promosi eksklusif serta kemudahan pembelian yang lebih lancar.
Komitmen Jangka Panjang
Pengurus Besar Auntea Jenny Malaysia, Ng Ching Wai berkata, pihaknya akan terus mengekalkan keseimbangan antara piawaian global dan inovasi tempatan.
“Dengan lebih 10,000 cawangan di seluruh dunia, kami sentiasa berpegang kepada prinsip Buah Sebenar, Teh Sebenar, Kualiti Sebenar. Di Malaysia, kami komited untuk menggabungkan standard global dengan inovasi tempatan. Pensijilan Halal ini adalah bukti komitmen kami terhadap kualiti serta penghormatan kami kepada pasaran tempatan.”
Beliau menambah, pencapaian ini menjadi asas kukuh untuk pertumbuhan mampan Auntea Jenny di Malaysia dalam jangka masa panjang.





