AIM24 : SITI YANG LEGENDA ![]()
![]()
![]()
.
Bermula daripada Anugerah Industri Muzik ( AIM) pada 1997 merangkul anugerah Artis Solo Baharu Terbaik dan kini pada 2025, Siti Nurhaliza menyempurnakan keunggulan kemenangan dengan anugerah tertinggi AIM- Anugerah Sri Wirama.
.
Anugerah yang mengiktiraf perjuangan tiga dekad Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai seniman negara yang tiada tolak bandingnya. Lebih manis Siti Nurhaliza dianugerah ketika beliau masih aktif berkarya.
.
Sejarah tetap sejarah yang telah termaktub untuk seorang legenda ini. Dengan 97 pencalonan AIM, 42 kemenangan, 7 kali Album Terbaik, 13 kali Vokal Wanita Terbaik (daripada 15 pencalonan), lagu Jerat Percintaan” gah di AIM & AJL, 2 kali artis paling banyak menang dalam satu malam; sekaligus dengan pelbagai anugerah lebih 350 dalam dan luar negara, apa lagi yang dapat dikatakan lagi pada figura unggul kesayangan Malaysia ini. Siti Nurhaliza bukan sekadar legenda, beliau adalah sejarah hidup muzik Malaysia.
.
“Jangan pernah takut bermimpi besar, kerana mimpi itulah yang menjadi api dalam perjuangan kita. Terbanglah setinggi mana dik, gapai impian, tapi jangan lupa rumput di bumi.”
.
Ucapan penuh makna dan pesanan terindah daripada seorang Siti Nurhaliza itu wajar menjadi inspirasi, motivasi dan prinsip hidup untuk kita semua. Teruslah berimpian meskipun seperti mustahil. Terus melompat lebih tinggi dan menjadi luar biasa daripada biasa. Zero To Hero.
.
Saya tidak terkilan kerana Siti hanya pulang dengan Anugerah Sri Wirama di AIM24. Album SITISM hanya pelengkap profile seni beliau. Siti pernah tewas, menang, kalah dan bangkit semula sebelum ini. Tiada apa perlu dipertikaikan kepada bintang lain yang berjaya. Kita berkongsi gembira dan saling menyokong antara satu sama lain.
.
Aina Abdul, Ernie Zakri, Mimifly, Diyan Trisya dan yang lain pasti ada jerih perih mereka sendiri sebelum berjaya. Setiap kita ada cerita perjuangan tersendiri mengapai impian. Pun begitu kejayaan hebat senior mereka terutama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, InTeam, Akim dan Stacy serta rakan seangkatan adalah bukti betapa kejayaan itu bukan milik hak mutlak sesiapa. Selagi kita berusaha keras, kreatif, mencabar keupayaan diri ke tahap maksima, Insya-Allah kejayaan dan kegemilangan berpihak kepada kita.
.
Tahniah untuk semua pemenang. Yang terbaik tidak semestinya popular. Yang popular tidak sepastinya terbaik. Namun belajarlah dari Biduanita Negara kita ini, beliau ada keduanya sekali. Dan yang paling eksklusif Siti Nurhaliza terus bertahan sebagai nombor satu sehingga kini. Kita juga boleh bukan seperti Siti?
.
Nota : Saya ada sejarah tersendiri di sebalik 350 lebih anugerah yang Siti Nurhaliza terima itu. Dan 6 anugerah tersebut adalah dari Anugerah URS Glamour yang saya anjurkan ketika menjadi editor majalah URS- Untuk Remaja Sahaja yang pernah sensasi pada awal penglibatan awal Siti sebagai anak seni. ![]()
.
#AIM2024
#AIM24
#RIM
#RTM
#sitinurhaliza
#StailistaLevelUp @sorotan
AIM24 : SITI YANG LEGENDA





