‘ABANG ADIK’ WAKIL MALAYSIA KE OSCARS 97

‘ABANG ADIK’ KE OSCARS
.
Filem ‘Abang Adik’ terus mengukir nama dengan kejayaan di beberapa negara Asia, di samping menerima pengiktirafan apabila secara rasminya dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa di Anugerah Akademi ke 97 pada Mac 2025.
 
Filem terbitan More Entertaiments Sdn. Bhd arahan sulung pengarah Jin On ini menampilkan lakonan hebat Jack Tan dari Malaysia dan Kang Ren Wu dari Taiwan. Karya ini telah merangkul 19 anugerah antarabangsa- satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global.
 
Antara pencapaian tertinggi ‘Abang Adik” adalah anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition ke 22), dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics’ Award , serta White Mulberry Award untuk filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival ke 25, Udine, Itali.
 
Tidak ketinggalan pengiktirafan di Festival Filem Antarabangsa Fribourg ke 37, Switzerland dan Festival Filem First di China. Di peringkat tempatan filem ini telah mencatatkan kemenangan di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 dengan meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
 
“Abang Adik’ turut mencatatkan kejayaan luar biasa di China dengan kutipan pawagam mencecah RM2.2 juta setakat 20 September 2024, selepas mula ditayangkan bermula 21 September 2024.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *