RAIKAN KASIH IBU DENGAN SENTUHAN EKSKLUSIF PRETTYPLUS X SKARFBYAIDIJUMA

PrettyPlus Skincare x SkarfbyAidijuma Raikan Hari Ibu 2026 Menerusi Kolaborasi Eksklusif Istimewa

Annisa Habib Jadi Wajah Kempen Sulung Sempena Penghargaan Buat Wanita Paling Bermakna

 DALAM meraikan kasih sayang yang tidak ternilai buat insan bergelar ibu, dua jenama terkenal dalam industri kecantikan dan fesyen muslimah tempatan, PrettyPlus Skincare dan SkarfbyAidijuma, tampil menjalin kolaborasi eksklusif sempena sambutan Hari Ibu 2026 sepanjang bulan Mei ini.

Kolaborasi istimewa ini diwujudkan sebagai simbol penghargaan kepada wanita paling bermakna dalam kehidupan — sama ada ibu, isteri mahupun figura wanita yang sentiasa menjadi tulang belakang keluarga. Ia turut memberi peluang kepada anak-anak serta para suami menghadiahkan sesuatu yang bermakna dan eksklusif kepada insan tersayang.

Menambah keterujaan kempen ini, buat julung kalinya Annisa Habib tampil sebagai wajah rasmi kolaborasi berkenaan dengan memperagakan koleksi eksklusif tudung bawal sempena Hari Ibu daripada SkarfbyAidijuma.

Annisa yang merupakan adik bongsu kepada personaliti dan usahawan terkenal, Datin Che Puan Norjuma Habib, menyerlahkan pesona tersendiri menerusi kempen ini apabila menggayakan lima rekaan tudung bawal eksklusif yang dihasilkan khas untuk sambutan Hari Ibu tahun ini.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi tersebut, pelanggan boleh memilih tiga pakej eksklusif yang ditawarkan:

Set Pretty Mama – RM298.50

(Harga asal: RM423.50)

Set lengkap penjagaan kulit ini merangkumi:

  • Triple Oil Cleanser (Pembersih 3-dalam-1)
  • Hydra-Moist Serum
  • Moisturiser
  • Silky Brightening Sunscreen
  • Silky Brightening Cream
  • Beg kosmetik eksklusif
  • LIMA helai tudung bawal Aidijuma

Set ini direka khusus bagi mereka yang ingin menghadiahkan pengalaman penjagaan diri yang lengkap kepada ibu tersayang.


Kombo Pretty Mama – RM185

(Harga asal: RM240)

Pakej ini mengandungi:

  • Triple Oil Cleanser
  • Hydra-Moist Serum
  • Silky Brightening Sunscreen
  • Beg kosmetik eksklusif
  • SEHELAI tudung bawal Aidijuma pilihan pelanggan

Duo Pretty Mama – RM120

(Harga asal: RM175)

Set ini pula merangkumi:

  • Triple Oil Cleanser
  • Silky Brightening Cream
  • Beg kosmetik eksklusif
  • SEHELAI tudung bawal Aidijuma pilihan pelanggan

Sebagai sentuhan lebih peribadi, setiap pembelian turut didatangkan dengan kad ucapan khas Hari Ibu, membolehkan pelanggan menyampaikan dedikasi istimewa kepada ibu atau isteri tercinta.

PrettyPlus Skincare merupakan rangkaian produk penjagaan kulit premium yang dihasilkan sepenuhnya di Korea Selatan menggunakan teknologi nano berasaskan minyak pati bunga, ekstrak tumbuhan semula jadi serta kandungan cecair siput yang terkenal dalam industri kecantikan negara tersebut.

Dilancarkan di Malaysia pada November tahun lalu menerusi platform digital, jenama ini menerima sambutan yang amat memberangsangkan kerana formulanya sesuai untuk pelbagai jenis kulit dan peringkat usia. Bermula Mac lalu, PrettyPlus Skincare turut melebarkan pasaran menerusi pembukaan kaunter fizikal di SOGO Kuala Lumpur.

Sementara itu, SkarfbyAidijuma terus dikenali sebagai antara jenama pelopor tudung bawal tempatan yang berjaya membina pengaruh besar dalam industri fesyen muslimah menerusi rekaan kontemporari, elegan dan mampu milik.

Kolaborasi sulung ini memperlihatkan sinergi dua jenama tempatan yang berkongsi aspirasi sama dalam menawarkan produk berkualiti tinggi, elegan dan relevan dengan gaya hidup wanita moden masa kini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.prettyplus.my atau hubungi 011-4008 6002.

Bagi pertanyaan mengenai SkarfbyAidijuma, sila hubungi 012-355 8890.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *