AGENDA RAMADAN SAYA 
Inilah rutin saya setiap kali Ramadan. Berbuka di masjid. Sudah bertahun inilah agenda Ramadan saya. Jika tidak mengunjungi masjid luar, saya lebih selesa berbuka di masjid sebelah kediaman saya. Sebelum jam tujuh saya sudah ada di masjid.
Justeru itu saya bagaikan cuti sebulan dari menghadiri aktiviti malam. Undangan berbuka puasa yang banyak diterima saya tolak dengan baik melainkan ada undangan penting. Sebaik mungkin saya tetap ingin berbuka di masjid.
Cerita tentang masjid yang viral samada baik atau kurang enak di dengar, masjid-masjid terbabitpun saya dan sahabat baik Azman Mohd Nawi pun telah pernah pergi jelajah. Setakat ini belum pernah melalui situasi yang membuatkan saya ‘merajuk’ untuk ke masjid tersebut. Semua yang yang saya lalui baik-baik belaka. Jika ada salah faham, saya anggap itu isu terpinggir. Untuk mengendalikan majlis berbuka puasa yang ramai jemaahnya bukan sesuatu yang mudah. Dari ragam ajk masjid, jemaah dan situasi semasa semuanya menuntut kita berlapang dada. Bulan puasa ini adakala kesabaran kita akan diuji dengan pelbagai cara.
Berbuka puasa di masjid adalah rutin dan agenda saya. InsyaAllah ini akan saya teruskan sehingga akhir nafas. Juadah yang dinikmati banyak atau sekadarnya tetap saya syukur. Alhamdulilah 
Jom kita berbuka di masjid. Ada perasaan tersendiri bila datang selalu ke rumah Allah ini. Jom… 





