Rasanya inilah sentimen ramai orang sejak dua tiga hari lepas: sejak Jabatan Keadilan (DOJ) US melepaskan Fail Epstein ke atas talian. (DOJ ni lebih kurang AGC kat Malaysia lah)
Lepas tu, timeline pun penuh dengan ayat-ayat “Kan dah cakap” “Selama ni orang kata teori konspirasi” “Sekarang semua dah terbukti”.
Untuk yang tak begitu ikut kes ini, Fail Epstein merujuk kepada koleksi dokumen, emel, gambar, testimoni dan rekod berkaitan Jeffrey Epstein.
Epstein seorang hartawan US berbangsa Yahudee yang ada hubungan rapat dengan orang-orang berkuasa: ahli politik, ahli perniagaan, kerabat diraja, selebriti dan tokoh global.
Dia ditangkap pada 2019 dan didakwa atas tuduhan memerdagangkan manusia, khususnya gadis bawah umur, kepada golongan elit.
Tapi sebelum sempat dibicarakan dan dijatuhkan hukuman, Epstein mat1 dalam tahanan dalam keadaan yang mencurigakan.
Versi rasmi: bunoh diri. Versi yang lebih dipercayai orang ramai: dibunoh sebab tau terlalu banyak rahsia yang boleh menumbangkan orang besar.
Selepas kemat1an Epstein, tersebar cerita bahawa semua bukti (emel, rakaman, senarai klien) sebenarnya ada dalam tangan FBI dan DOJ, tapi sengaja disimpan sebab nak “cover” orang besar ni.
Maka isu ni pun jadi modal politik. Republikan desak supaya fail tu didedahkan, sambil menuduh Demokrat tak nak dedahkan sebab takut ramai tokoh kanan parti dan penyumbang dana parti akan kantoi.
Demokrat pula desak benda yang sama. Tapi dari zaman Trump 1.0, ke zaman Biden, sampailah Trump 2.0 sekarang, kerajaan US masih belum buka fail tu sepenuhnya.
Dan di sinilah timbul spekulasi bahawa Trump dan Biden sebenarnya terlibat dalam jenayah Epstein. Sebab itu diorang tak nak dedahkan, takut kantoi.
Lepas bergaduh dengan Trump hari tu, Elon Musk pun pernah kata nama Trump memang ada dalam fail tu. Ironinya, nama dia sendiri pun ada. Entah apa-apa mamat ni.
(Tapi nama ada dalam fail tak bermaksud terus bersalah, kadang nama cuma disebut, walhal orang tu tak kenal pun Epstein. Kena baca konteks)
Ada teori mengatakan Epstein sebenarnya ejen Mos$ad (sebab Epstein Yahudee), digunakan untuk memerangkap tokoh-tokoh besar dunia melalui skandal, kemudian dijadikan alat kawalan politik.
Ada juga teori versi Rusia, sebab ramai gadis yang terlibat berasal dari Rusia, kononnya Putin simpan gambar atau rakaman tak senonoh Trump. Sebab tu Trump nampak macam takut dan lembik bila berdepan Putin.
Apa pun, akhirnya Kongres US hampir sebulat suara meluluskan Akta Ketelusan Fail Epstein pada 19 November 2025. 427 sokong, hanya 1 yang bantah.
Trump menandatangani akta tersebut. Fail pun dibuka.
Dan kandungannya memang menjijikkan: emel-emel Epstein yang mendedahkan jaringan hubungan, testimoni mangsa yang membuka cerita gelap dunia elit, dan tuduhan bahawa elit ni melakukan ritual-ritual pelik, termasuk unsur Satanisme (pemuja Setan).
Tak hairanlah ramai orang, khususnya mereka yang selama ini berpegang kepada naratif “teori konspirasi”, merasakan inilah detik validasi terbesar dalam hidup mereka: dunia memang diperintah oleh golongan pemuja Setan.
Masalahnya, di sinilah kita kena berhenti sejenak dan berfikir dengan lebih tenang.
Pertama sekali, apa itu teori konspirasi?
Ada banyak definisi, tetapi definisi paling umum, dan yang pernah saya sentuh dalam buku Mencabar Teori Konspirasi, ialah:
“Kepercayaan bahawa peristiwa besar dunia sepenuhnya dirancang, dikawal dan ditentukan oleh satu kumpulan tersembunyi yang maha berkuasa, hampir tanpa kegagalan.”
Penting untuk dijelaskan: mencabar teori konspirasi bukan bermaksud menafikan kewujudan kejahatan elit. Bukan menafikan kewujudan golongan Satanis. Bukan menafikan kegiatan kotor dalam kalangan orang atas-atas.
Semua tu memang wujud. Fail Epstein membuktikannya.
Tapi premis bahawa politik dunia sepenuhnya dikawal oleh satu kumpulan, seolah-olah dunia ini papan catur yang digerakkan oleh satu tangan atau satu “cabal” saja, itu yang bermasalah.
Hakikatnya, politik dunia bersifat anarki. Tiada kerajaan dunia. Tiada “bos terakhir”. Yang menentukan hala tuju ialah imbangan kuasa.
Bukan bermaksud “tiada perancangan”. Sudah tentu setiap negara, setiap kumpulan dan setiap elit ada rancangan masing-masing. Tapi rancangan tidak sama dengan kawalan mutlak.
Contohnya, dalam Fail Epstein kononnya wujud perancangan berkaitan Revolusi Ukraine 2014, yang menghuru-harakan hubungan Rusia-Ukraine.
Ukraine berpaling daripada Rusia, Rusia masuk Ukraine dan mengambil alih Crimea. Ketegangan itu akhirnya jadi punca utama Perang Ukraine hari ini.
Tapi selepas 12 tahun, apa sebenarnya yang “berjaya” dengan konspirasi Ukraine ini?
Rusia masih bertahan, walaupun dilemahkan. Masa depan Ukraine masih tak menentu. Blok Barat makin berpecah isu Ukraine. Blok Alternatif pula semakin menonjol.
Ini menunjukkan satu perkara: “Ada rancangan” tak sama dengan “mengawal dan memerintah”.
Inilah nuansa yang membezakan orang yang menerima teori konspirasi secara bulat-bulat dengan orang yang tidak.
Orang yang menolak teori konspirasi bukan bermaksud dia naif. Memang benar ada rangkaian elit Yahudee yang berpengaruh. Roth$child menyokong Z1onisme, itu semua fakta.
Tapi sejauh mana pengaruh itu benar-benar diterjemahkan dalam realiti geopolitik, ia bergantung kepada kuasa sebenar, bukan sekadar kewujudan rancangan.
Contoh macam orang kata Fail Esptein ni jerat Sewel untuk Trump serang Iran.
Tapi sampai sekarang, serangan masih belum dimulakan (walaupun saya pun percaya akan ada serangan). Kalau dah “kena pegang”, kenapa tak serang terus?
Sebab nak serang tu pun kena tengok kiri kanan juga. US berkuasa, tapi bukan berkuasa mutlak.
Ada faktor Rusia, faktor China, faktor Arab, faktor Turki dan macam-macam lagi faktor kena dipertimbangkan sebelum nak serang.
Jadi faktor imbangan kuasa > konspirasi.
Saya juga cenderung bersetuju dengan ramai rakan dalam The Patriots: kes Epstein ini sebenarnya lebih menunjukkan had teori konspirasi.
Kalau betul semuanya dikawal sepenuhnya, mana mungkin Kongres US sendiri, institusi yang kononnya berada di bawah kawalan elit, meluluskan akta untuk mendedahkan semua ini?
Kalau betul semua benda dikawal, macam mana Epstein boleh ditangkap, didakwa, dan akhirnya terbongkar walaupun dengan segala perlindungan yang dia ada?
Ini menunjukkan satu perkara penting: Konspirasi memang wujud, tapi ia tidak maha berkuasa.
Dunia ini bukan tentang “siapa ada rancangan”, tetapi tentang siapa paling berkuasa. Dan kuasa itu sentiasa dipertandingkan (contested).
Masalah utama teori konspirasi yang bersifat total ialah ia melahirkan umat yang pasif dan fatalis. Mentaliti “apa guna buat apa-apa, semua dah dikawal”.
Sedangkan realitinya, dunia ini anarkik. Siapa ada kekuatan (ekonomi, ketenteraan, teknologi, budaya, ideologi), dialah yang mampu mempengaruhi arah sejarah. Tak kira kau Yahudee, China, Arab, atau Melayu.
Kalau kita rasa dunia hari ini jahat, rosak dan zalim, itu bukan alasan untuk menyerah, atau “menolak dunia”.
Sebaliknya, itu sepatutnya menjadi tanggungjawab, khususnya bagi orang Islam, untuk membina kekuatan yang membawa cahaya baru, bukan sekadar menyalahkan “tangan ghaib”.
Pendek kata, Fail Epstein tak membuktikan bahawa dunia ini diperintah secara mutlak oleh satu kumpulan rahsia.
Untuk memahami geopolitik dan konflik global, kaca mata realis yang berasaskan kuasa, masih lebih relevan, dan lebih tepat.
EPSTEIN FILES…





