LUKA YANG SAMA

ERDIGAN DAN ANWAR – CERITA TENTANG LUKA YANG SAMA

Oleh : Muhammad Azmi Jamaludin
 
BARU-baru ini satu dunia menjadi saksi bagaimana PMX disambut dengan penuh penghormatan di Turki.

Malah PMX dianugerahkan pingat tertinggi negara itu terus dari tangan Presiden Erdoğan.

Bila kita tengok video mereka berpelukan kita tahu itu bukan pelukan wayang diplomatik. Itu pelukan sahabat sejati. Pelukan adik-beradik.

Tapi kenapa akrab sangat dua pemimpin ni?

Antara sebabnya adalah mereka berkongsi luka yang hampir sama. Ramai yang tak tahu sebelum Erdoğa dan DS Anwar Ibrahim berada di puncak kuasa mereka pernah dibuang ke dalam penjara oleh pemerintah ketika itu.

Kisah Erdoğan (1999):

Masa tu beliau Datuk Bandar Istanbul yang hebat. Tapi kariernya cuba dimatikan hanya sebab membaca sajak Ziya Gökalp.

Beliau dipenjara di Pınarhisar, dilucut jawatan dan dilarang berpolitik atas kesalahan menghasut kebencian agama.

Akhbar Turki tulis: “Erdoğan dah tamat. Nak jadi Ketua Kampung pun dia tak layak!”

Kisah DS Anwar Ibrahim (1998):

Dari TPM terus ke Sungai Buloh. Diaibkan, dipukul dan dipenjara bertahun lamanya. Ramai cakap DS karier DS Anwar dah habis. DS Anwar takkan bangun dah.

Jika Erdoğan diuji selama 4 bulan, DS Anwar pula berbeza. Secara ringkas beliau melalui episod keluar-masuk penjara dalam tempoh 20 tahun perjuangan politiknya sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Perancangan Allah Lebih Hebat.

Dua sosok yang cuba dilenyapkan di sebalik tirai besi inilah yang akhirnya bangkit memimpin negara masing-masing.

Sebab tu bila DS Anwar angkat sumpah jadi PM ke-10 Erdoğan antara orang yang terawal menelefon. Sebab beliau faham. Beliau faham peritnya dikhianati dan sunyinya perjuangan dalam penjara.

Hari ini kedua-dua pemimpin ini membuktikan bahawa besi yang diketuk dan dibakar api yang marak akhirnya akan menjadi pedang yang paling tajam.

Kisah mereka bukti bahawa kesabaran dan prinsip tidak akan pernah mengkhianati hasil. 
See less

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *