SITI KHADIJAH MELAKAR NARATIF BAHARU GAYA HIDUP ISLAMIK

GEMA RAMADAN SITI KHADIJAH BERKOLABORASI BERSAMA TV AL-HIJRAH

Menyatukan Kerohanian, Seni Warisan & Gaya Hidup Moden di Konvensyen Hijrah Bergema 2025

SITI KHADIJAH, jenama peneraju telekung premium dan busana ibadah terkemuka negara, dengan penuh rasa syukur mengumumkan kolaborasi strategik bersama TV Al-Hijrah sempena Konvensyen Hijrah Bergema 2025, yang berlangsung selama dua hari pada 30 dan 31 Disember 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Konvensyen berprestij ini menghimpunkan pelbagai pengisian rohani dan inspirasi, merangkumi ceramah motivasi, bengkel solat, serta konsert istimewa yang menampilkan kumpulan nasyid dan barisan artis terkemuka. Keseluruhan program dirangka bagi menyemarakkan jiwa, memperkukuh nilai keimanan dan mengangkat budaya hijrah sebagai gaya hidup seimbang dalam dunia moden.

PELANCARAN KOLEKSI RAMADAN & RAYA 2026: MUSHAFE – WARISAN DARUL IMAN

Sempena Gema Ramadan ini, Siti Khadijah turut memperkenalkan Koleksi Ramadan & Raya 2026, MUSHAFE – Warisan Darul Iman, sebuah koleksi eksklusif yang diinspirasikan daripada Mushaf Terengganu, manuskrip Islam agung yang sarat dengan nilai seni, sejarah dan peradaban.

Koleksi ini menzahirkan kehalusan seni Nusantara yang diolah dengan sentuhan moden dan klasik, menghasilkan rekaan yang anggun, berjiwa halus serta penuh makna spiritual—menjadikannya simbol penghormatan kepada warisan Islam dan keindahan ibadah.

TELEKUNG BASIC BAHARU: KEINDAHAN DALAM KESEDERHANAAN

Turut diperkenalkan ialah Telekung Basic baharu yang ditawarkan pada harga RM188, lengkap dengan kotak istimewa, menjadikannya pilihan ideal sebagai hadiah bermakna. Ia sesuai dijadikan bingkisan perkahwinan, buah tangan majlis marhaban, mahupun hadiah khatam al-Quran—lambang doa, kasih dan keberkatan.

KEMPEN JEDA – DAMAI DALAM WAKTU

Seiring aspirasi jenama yang menitikberatkan keseimbangan rohani dan ketenangan jiwa, Siti Khadijah turut melancarkan kempen JEDA – Damai Dalam Waktu, satu seruan untuk berhenti sejenak, memperlahankan langkah dan kembali menemukan makna dalam kesibukan dunia.

Melalui mesej “Pause for Peace”, kempen ini mengajak masyarakat untuk mengambil ruang jeda bukan untuk melarikan diri, tetapi untuk kembali kepada diri, keluarga dan Ilahi—sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Syawal dengan jiwa yang lebih damai dan bersedia.

DUTA RAMADAN & RAYA 2026

Bagi menyemarakkan lagi Gema Ramadan Siti Khadijah, jenama ini turut memperkenalkan Amyra Rosli dan Amar Baharin sekeluarga sebagai Duta Ramadan & Raya Siti Khadijah 2026. Kehadiran mereka melambangkan nilai kekeluargaan, kesederhanaan dan kemesraan—teras kepada identiti Siti Khadijah.

Koleksi keluarga yang diperkenalkan direka khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden tanpa mengabaikan nilai tradisi, kesopanan dan keselesaan, menjadikannya pilihan ideal untuk seisi keluarga.

VISI PERTUMBUHAN & STRATEGI 2026

Dalam sidang media, Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Group, yang dikenali sebagai pemimpin generasi kedua yang memacu pertumbuhan pesat jenama ini melalui inovasi produk, transformasi digital dan peluasan pasaran, menegaskan komitmen strategik syarikat:

“Kami sentiasa melihat potensi pasaran antarabangsa. Ketika ini, Siti Khadijah telah bertapak di Singapura dan Indonesia, dan insya-Allah kami menyasarkan untuk menembusi beberapa pasaran baharu, khususnya di Asia Tengah dan Asia Tenggara.”

Beliau turut memaklumkan bahawa Siti Khadijah kini memiliki lebih 60 cawangan di seluruh Malaysia, dan bagi tahun 2026, fokus utama adalah memperkukuh butik sedia ada melalui peluasan ruang serta pengukuhan kategori produk bukan telekung seperti Teman (menswear), womenswear dan essential.

“Kos pembukaan sebuah butik adalah sekitar RM300,000 hingga RM500,000 bergantung kepada saiz dan lokasi, namun keutamaan kami kini adalah mempertingkat pengalaman pelanggan dan nilai setiap butik.”

Selain itu, Siti Khadijah menyasarkan jualan sebanyak RM160 juta bagi pasaran Malaysia pada tahun 2026, dengan sokongan kukuh daripada platform e-dagang, yang semakin digemari oleh pelanggan berusia 25 hingga 35 tahun, di samping meningkatkan perkhidmatan yang lebih kompeten dan menyeluruh kepada semua lapisan pelanggan.

KATA EDITOR

Pastikan koleksi eksklusif Ramadan & Raya 2026 ini menjadi persalinan pilihan anda sekeluarga dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan.
Koleksi ini boleh didapati di semua butik Siti Khadijah di seluruh negara atau menerusi laman web rasmi www.sitikhadijah.com.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *