Founder, Neelofa ambil alih syarikat sendiri, TheNoor?
Melalui petikan article, Neelofa mengambil alih TheNoor dan kini jadi pemegang saham majoriti sebab isu ketidakpatuhan corporate governance.
Bagi orang ramai, cerita ni pastinya sensasi.
Tapi bagi pemilik bisnes, ini adalah kepentingan sebuah kawalan, tanggungjawab dan keberlangsungan syarikat.
Mari kita tengok dari sisi yang lebih penting.
Pertama: Governance bukan benda yang perlu nampak gah di atas kertas sahaja
Ramai founder sangka governance ni untuk syarikat besar je, ada board, legal, audit, polisi tebal-tebal.
Hakikatnya, governance ni soal siapa buat keputusan, ikut proses ke tak, dan siapa bertanggungjawab bila benda jadi salah.
Bila ada isu governance, berdasarkan kes-kes lain yang pernah saya uruskan sebelum ini antaranya bermaksud:
– keputusan dibuat tanpa proses kelulusan yang dipersetujui
– pengurusan yang tidak menjalankan mandat asal
– laporan, kewangan atau operasi tak telus
– atau konflik antara pengurusan & pemegang saham
Ini semua red flag untuk pelabur dan ekosistem
business.
Kedua: Kenapa founder biasanya terpaksa ambil alih semula?
Dari sudut undang-undang dan bisnes, bila syarikat dah mula lari dari visi asal atau governance bermasalah, pemegang saham utama ada dua pilihan:
1. biarkan dan risiko jenama rosak
2. atau ambil alih kawalan untuk betulkan semula
Ambil alih ni bukan soal nak tunjuk lebih hebat.
Ia soal fiduciary duty, tanggungjawab kepada syarikat, pelanggan dan pemegang saham lain.
Kalau jenama diasaskan atas kepercayaan pelanggan, founder tak boleh lepas tangan bila perjalanan business gagal.
Ketiga: Majority shareholder (Kuasa vs liability)
Bila seseorang jadi pemegang saham majoriti, dia datang dengan kuasa tapi dan juga liabiliti.
Maksudnya:
– dia boleh tentukan arah strategik
– lantik atau tukar pengurusan
– betulkan struktur operasi
– dan paling penting, pulihkan kepercayaan pasaran
Tapi pada masa yang sama, dia juga yang akan dipersoalkan kalau ada isu dan perkara tak berjalan dengan baik.
Kuasa dan tanggungjawab datang secara seiring.
Keempat: Pengajaran besar untuk SME & startup Malaysia.
Ramai founder buat kesilapan ni:
– fokus growth dulu, governance datang kemudian
– bagi operasi pada orang dan tapi tak kawal dan tiada sistem
– tiada shareholder agreement, board role, reporting line
Bila bisnes kecil, semua perkara nampak boleh bincang.
Bila bisnes membesar, kesilapan kecil penstrukturan akan menjadi punca keruntuhan business
Kesimpulan yang ringkas tapi saya rasa amat penting :
Founder tak boleh ignore tentang governance.
Jenama kuat. Produk bagus.
Tapi tanpa governance yang betul, syarikat tetap rapuh.
Dan bila tiba masanya, undang-undang akan menyebabkan founder/ pihak berkaitan untuk ambil tanggungjawab penuh.
Untuk business owner di luar sana,
kalau bisnes tu nama anda, wajah anda, reputasi anda…
pastikan ada kawalan dan tak lepaskan sepenuhnya sebelum ada governance yang kukuh dan sistem/SOP yang baik untuk mengawal setiap perincian.
Akmal SK
Corporate Lawyer
This commentary is prepared based on the article published and reflects the author’s views only within a limited scope of analysis. It is provided for general informational purposes and not intended to constitute legal advice, nor should it be relied upon as a substitute for professional advice.
NEELOFA DAN THE NOOR





