KALAU TENTANG SITI…
.
APABILA konsert KRU, In-Team , Anuar Zain , Slam, Exist atau Dato’ M. Nasir ‘Sold Out’ ramai yang saling memuji keunggulan dan kewibawaan mereka. Langsung tiada wujud perbandingan antara ke semua artis lelaki itu.
.
Dan tetapi setiap kali ada artis wanita lama dan baharu buat konsert sukses, maka nama beliau akan dipetik, dibayangi dan diperkatakan. Aneh bukan?
.
Bagi orang lain mungkin aneh, tapi tidak bagi saya. Sejak awal kemunculan insan bernama Siti Nurhaliza sentiasa dibanding dengan artis sezamannya. Itu belum dikira klon yang ingin menjadi seperti Siti. Menang setiap anugerah maka timbullah persoalan ; asyik asyik Siti!
.
Dan kini beliau dikaitkan lagi dengan artis legenda terbabit. Macam-macam kritikan, pandangan dan cadangan sehingga artis terbabit yang sudah 40 tahun menyanyi turut bergelar Biduanita negara .
.
Ini kelakar sebenarnya. Walhal anugerah tersebut bukan diberi sekadar gah di konsert sahaja tetapi merangkumi semua aspek. Lebih lagi bagaimana budaya tradisi dalam seni diangkat.
.
Kalau ikut berapa lama menyanyi Dato’ Khatijah Ibrahim, Dato’ Yusni Hamid atau Ziana Zain pun layak bukan?
.
Saya membesar daripada era Sharifah Aini, Uji Rashid, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Zaiton Sameon, Shiela Majid, Raja Ema, Feminin, Elite, Ziana Zain, Erra Fazira, Siti Nordiana , Aishah, Ning Baizura , Yuna, Misha Omar, Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah sehinggalah Ernie Zakri , Dolla, Aina Abdul dan generasi terkini, sentiasa meraikan mereka semua. Tiada perbandingan langsung siapa hebat atau sebaliknya.
.
Sewajarnya siapapun buat konsert , bikin album, jadi profesor adjung menara gading, buka beg kuning di Tiktok atau buka cafe , jual kerepek jual tudung atau bersolidariti Palestine maupun apa perkara sekalipun , kita raikan.
.
Jika kelompok peminat artis lelaki chill dan relax je, apasal peminat artis wanita kelam kabut meroyan tak tentu hala. Terutamanya nak ‘ shade’ ‘ride’ Siti Nurhaliza . Sokong sahajalah artis anda separuh nyawa, itu hak anda. Usah banding dan mempersoalkan itu ini . Apabila Siti Zoners membalas balik. Tau tersentak!
.
Benarlah hakikat sebenar , tak mudah menjadi Siti Nurhaliza. Segalanya akan ditunggang oleh sesiapa pun. Segala tentang Siti menjadi topik dan isu. Alahai…
.
Tenang-tenang sahaja boleh tak? Kita sokong semua artis . Bila mereka buat konsert , album, produk, event atau apapun support dan raikan. Jangan kerana taksub dan fanatik kepada artis anda, kalian menjadi kurang waras dalam berfikir. Siti Nurhaliza tidak bersaing dengan sesiapa, dia ada caranya tersendiri , artis anda juga begitu. Masing masing ada kelebihan, kehebatan tersendiri bukan?
.
Dan apabila semua itu terjadi, satu perkataan yang selayaknya adalah jenama Siti Nurhaliza adalah penanda aras untuk segalanya. Tanpa dikaitkan dengan Siti Nurhaliza sinar gemerlapan mereka akan tenggelam dan suram sesuramnya. Siti adalah pencetus artis anda untuk menjadi lebih baik bukan?
.
#sitinurhaliza
#biduanitanegara