SISI GELAP
Ini kisahnya.
Ini sekolah budak pandai. Yang boleh masuk ke sekolah, perlu UPSR 4A ke atas. Walau berstatus Maahad, Kerajaan Negeri ada cita-cita besar: mahu lahirkan penghafaz al-Quran yang juga profesional.
Produk sekolah ini ada yang jadi doktor, jurutera, imam, ustaz, pemimpin masyarakat. Ada yang panggilnya Crown Jewel. Antara yang boleh dibangga.
Namun hatta permata pun ada sisi gelapnya.
Ada satu budaya. Diturunkan dari generasi ke generasi. Badan Pengawas diberi kuasa luar biasa.
Mereka dilindungi. Kuasa untuk buat kerja warden dan ganti tugas Cikgu Disiplin diberi tanpa sempadan.
Bebas guna telefon. Diberi rotan. Boleh guna ikut suka. “Bantailah” mana-mana pelajar yang tak makan saman.
Undang-undang di tangan mereka. Mereka jadi IO, hakim, dan jabatan penjara dalam satu masa. Tukang jatuh hukum, mereka hanya perlu hantar laporan kepada Cikgu Disiplin; selebihnya dibiarkan sahaja.
Apabila kuasa diberi kepada bebudak yang hormonnya sedang membuak, hukum jadi pembalasan; membantai jadi pesta.
Tiap bulan ada mangsa. Pantang salah sikit, terus dimark.
Pukul 12 tengah malam, dikerah turun ke padang. Ada yang dibelasah dua jam, ada yang empat jam. Bukan oleh seorang; berpuluh-puluh mengambil giliran. Flying kick, tumbuk, diganyang batang PVC.
Inilah mob justice
Ia diajar, disahut, dipelihara oleh sistem yang dituai lama.
Tetapi bila kuasa jatuh ke tangan yang salah, sisi gelap akan keluar. Gila kuasa naik ke kepala.
Pesta nganyang ini sudah lama bukan soal disiplin. Ia bertukar menjadi ritual terakhir.
Malam terakhir di sekolah, terhadap pelajar yang sebenarnya tidak berdosa.
Walau dirayu, walau disuruh berhenti, mereka tetap teruskan; terus diganyang sehingga tubuh itu kaku dan diam.
Bila jasad tidak bergerak lagi, ia diseret ke tandas.
Dan digantungkan seolah-olah bunuh diri. 12 tahun rahsia ini tertutup rapi.
Namun, kebenaran takkan berdiam diri. Ia akan keluar dengan sendiri.
Kami tahu apa yang berlaku. Ada yang sudah mula menyanyi.
Jika anda berada di situ malam itu, SERAH DIRI.
Pergi ke balai, atau cari peguam yang boleh mewakili anda. Kerjasama adalah jalan paling berani untuk menebus noda.
Bersembunyi hanya menambah bukti. Bila seorang mula menyanyi, semua rahsia turut keluar nanti.
Be very sure. Justice is now, to haunt you.
Jika ada iman dan hati, pulang pada kebenaran.
Kita masih ada Tuhan.
Sikit masa saja lagi. Semua yang berdosa, yang menumbuk, menendang, yang berdiam, akan diketahui oleh negara.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- bagi saksi, boleh DM saya privately. Kami akan bantu lindungi anda.
SISI GELAP ITU…





