RASA NEGERI DAN BUDAYA DI FESTIVAL CITARASA WARISAN @KUALA LUMPUR

๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—–๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก @ ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ

โ€œ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎโ€ Angkat Keunikan Kulinari Warisan Malaysia

ย TAMAN Tasik Titiwangsa menjadi saksi kemeriahan Festival Cita Rasa Warisan @ Kuala Lumpur, sebuah acara gastronomi dan budaya terbesar tanah air yang berlangsung dari 12 hingga 16 September 2025. Bertemakan โ€œRasa Negeri dan Budayaโ€, festival ini mengangkat kepelbagaian warisan kulinari, seni dan budaya Malaysia ke pentas dunia.

Majlis turut diserikan dengan Walkabout YB Datoโ€™ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama YB Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri MOTAC serta YBhg. Datoโ€™ Shaharuddin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC. Kehadiran mereka menzahirkan sokongan padu terhadap usaha memperkasakan identiti kebangsaan melalui makanan tradisi dan seni budaya.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ

Lebih daripada sekadar pesta kulinari, festival ini berperanan:

  • Memartabatkan makanan warisan yang diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan.

  • Menghimpunkan komuniti pelbagai etnik melalui makanan dan seni budaya.

  • Menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menonjolkan kekayaan gastronomi negara.

  • Memberi peluang kepada usahawan IKS memperluas pasaran dan menjana ekonomi tempatan.

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—™๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น

Sepanjang lima hari, pengunjungย  disajikan dengan:

  • Kenduri Kari Malaysia 68 โ€“ kari sepanjang 68 kaki sempena ulang tahun kemerdekaan.

  • Kenduri Roti Jala dengan ribuan keping roti jala diagih percuma.

  • Pertandingan menarik seperti Roti Canai Terbang Melayang dan Teh Tarik King & Queen.

  • Persembahan seni budaya ikonik termasuk Mek Mulung, Randai, Dikir Barat dan tarian etnik dari seluruh negeri.

  • Demonstrasi masakan oleh chef selebriti seperti Chef Zam, Chef Florence Tan, Chef Arthur, Chef Liza dan Chef Yang Jamil.

๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—น๐˜‚๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ

Bagi memastikan festival ini relevan kepada semua generasi, influencer makanan, personaliti media sosial dan penggiat seni kontemporari turut dijemput memeriahkan acara. Kehadiran mereka menambah sentuhan moden dalam meraikan warisan tradisi, sekali gus menjadikan festival ini inklusif, segar, dan dekat dengan jiwa anak muda.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ป๐—ฎ

Festival iniย  melabuhkan tirai pada 16 September 2025, bersempena Hari Malaysia, dengan persembahan kebudayaan, jualan makanan warisan dan pertandingan Teh Tarik King & Queen โ€“ simbolik kepada penyatuan rakyat Malaysia melalui rasa dan budaya.

Festival Cita Rasa Warisan @ Kuala Lumpur bukan sekadar meraikan makanan, tetapi juga meneguhkan jati diri bangsa, memperkukuh silaturahim masyarakat majmuk, dan mengangkat warisan Malaysia ke persada antarabangsa.


ย 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *