THE GRAND ENCORE COMPOSER… AJAI?
.
Barangkali itu selayaknya untuk diperkatakan tentang menjelang final Raise The Star 2025 ini. Perang lagu terbaik dari 5 komposer untuk mencari Juara diantara yang terbaik.
.
Dan bukan sesuatu yang mengejutkan konsep lagu baharu ketika di peringkat akhir untuk finalis. Zaman One In Million, Malaysian Idol maupun Akademi Fantasia, resipi begini telah diamalkan. Shila Amzah sendiri pun terus malar segar dengan lagu Memori Tercipta, Jac Gemilang dan Mawi Aduh Saleha yang mengangkat nama mereka.
.
Apabila 10 finalis ke pentas akhir, pesaingan makin sengit. Setiap mereka ada nilai ‘ bintang ‘ yang semakin terserlah. Pasti 5 komposer terbabit memberikan lagu-lagu terbaik mereka agar tidak kalah mudah dengan komposer yang ada. Tiada istilah lagu sekadarnya kerana lagu yang diberikan adalah cermin wibawa mereka. Sebagaimana mereka memberi ilmu dan melemparkan kritikan, lagu yang kurang menyengat akan dipersoalkan kemudian hari.
.
Saya tiada isu siapa yang bakal menang sebagai Juara. Malam final segalanya akan terjawab. Dapat lagu terbaik dan dipersembahkan dengan nilai kreatif seni yang tinggi maka individu itulah sang Juara. Setiap mereka mampu memberi kejutan seperti mana persembahan hebat mereka di separuh akhir lalu. Jika tidak hebat mana mungkin perancangan 5 finalis bertukar menjadi 10 bukan?
.
Dalam erti kata lain Raise The Star akan menjadi penanda aras kepada pertandingan pencarian bakat di semua stesen tv lain selepas ini. Baik RTM atau TV3 perlu mencari inspirasi baharu bagaimana untuk mencipta ‘ Bintang’ seperti mana yang dibuat oleh Astro ini.
.
Ironinya ada finalis Raise The Star berasal dari program realiti stesen terbabit, tetapi mengapa mereka tidak berjaya bergelar ‘ Bintang’ sebenar. Sebagai contoh terdekat Nadeera hanya menyerlah selepas menang Big Stage terbitan Astro walhal sebelum itu bertungkus lumus di program Vokal Bukan Sekadar Rupa dan Mentor di TV3 yang tidak membawa namanya ke mana-mana selepas pertandingan itu.
.
Berbalik kepada kelebihan 5 komposer Raise The Star pasti lebih berpihak kepada Ajai. Beliau banyak pengalaman dalam memberi cantik vokal seseorang penyanyi. Sebagai contoh lagu malar segar Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi lagu Kau Kekasihku dan Percayalah. Dua genre balada yang berbeza tetapi amat merdu. Itu belum lagi lagu Kesetiaan ( Siti Sarah), Ku Akui ( Hafiz Shuib), Seandainya Masih Ada Cinta ( Dayang Nurfaizah), Kris Dayanti ( Hati Ini Telah Dilukai) dan Misha Omar ( Ku Seru) serta banyak lagi; saya berkeyakinan semua 10 finalis tersebut kalau dapat lagu Ajai peluang mereka untuk menang bergaya lebih mudah.
.
Audi Mok, Ikhwan Fatana, Aina Abdul atau Shila Amzah bukan tidak hebat dengan karya mereka. Tetapi secara jujurnya Ajai ada ‘ sesuatu untuk diberikan’ pada bakal ‘ Raise The Star’. Ajai lebih ke hadapan sedikit berbanding yang lain. Dan sekiranya Ajai kembali kekalkan kehebatan ciptaannya seperti lagu di atas, insya-Allah kemenangan berpihak kepada penyanyi yang dibimbing beliau. Percayalah …
.
#RaiseTheStarMalaysia
#RaiseTheStarMY
@sorotan
THE GRAND ENCORE COMPOSER IS…





