AGENDA MOMENTO SITI

BELAJAR MELALUI MOMENTO SITI 🔥
.
Banyak hal wajar artis baharu dan lama belajar dari MOMENTO SENI 2024, Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
.
Barangkali pengenalan ulasan ini agak keterlaluan, namun untuk seorang figura bernombor satu semenjak hampir 3 dekad sebagai anak seni; usai tonton Momento Seni 2024, di YouTube Siti Nurhaliza, ianya adalah fakta yang tidak boleh disangkal.
.
Bagaikan dokumentari atau Vlog kembara ke empat buah konsert yang membuatkan saya urut dada. Di mana stamina dan semangat serta kekuatan seorang Siti Nurhaliza itu? Saya yang menonton pun boleh sesak nafas menyaksikan cerita belakang tabir di sepanjang perjalanan empat konsert Siti Nurhaliza. Dalam hati berbisik, patut pun berada di atas. Semua kerja keras dan usaha tanpa lelah bersama team serta sokongan para peminat yang tidak berbelah bahagi sejak awal kemunculan sehingga kini terpancar di Momento ini.
.
Persahabatan Siti Nurhaliza bersama Rozi Sang Dewi cukup saya ingat sejak zaman anak dara hingga kini. Tentunya tidak mudah juga menjadi Rozi, kerana sentiasa menjadi tumpuan apabila sesuatu yang berkaitan dengan Siti Nurhaliza. Dari media, pengurusan acara dan segala tentang Siti Nurhaliza, beliaulah orang pertama kamus bergerak Siti. Kita melihat sendiri bagaimana beliau membina skrip dan membentuk kesempurnaan perjalanan konsert. Dan sudah pastinya sebagai tulang belakang Rozi masak benar dengan insan seni bernama Siti Nurhaliza. Kerana komposisi hebat keduanya, maka jenama Siti Nurhaliza terus utuh tidak terjangkau dek akal. Malahan ketika Siti Nurhaliza menerima watikah Biduanita Negara, Rozilah orang pertama yang dirujuk dan diberitahu oleh pihak terbabit.
.
Sewajarnya kembara hebat Momento Seni tidak hanya ditayang di YouTube sahaja bukan? Dengan kualiti yang gah itu ianya wajar ditayangkan di Netflix. Tetapi tidak mengapa, seperti kata Siti Nurhaliza, Rozi ada perancangan lain untuk tujuan tersebut. Barangkali konsert mega tradisional sempena ulangtahun ke 30 Siti Nurhaliza wajar dipertimbangkan ditayang di pawagam dan seterusnya di Netflix juga. Kita doakan impian itu diperindahkan di 2025.
.
Momento Seni 2024 bukan hanya bercerita tentang Siti Nurhaliza sahaja. Malahan mencakupi segala isi kehidupan peribadi, teamwork dan inspirasi serta visi Siti Nurhaliza bagaimana seseorang itu mampu melakukan apa sahaja apabila mendapat sokongan semua pihak. Ianya bukan sekadar Siti Nurhaliza yang menghibur, malahan keletah Afiaah, Afwa, Dato’ K, Aubrey, Khai Bahar, Judika, barisan penari, pemuzik dan tentunya Siti Zoners juga cukup menghiburkan.
.
Siti Nurhaliza sudah berada di takhtanya. Dan untuk para pelapis seni yang ingin sepertinya atau lebih hebat dari beliau, tontonlah Momento Seni 2024, dan belajarlah dari perjalanan itu. Anda juga mampu sehebat Siti Nurhaliza. Selagi ada impian, Momento Seni anda akan berjuang dengan jayanya. Percayalah… 🔥🔥🔥
.
#SitiNurhaliza
#momentoseni
#BiduanitaNegaraSitiNurhaliza
#StailistaLevelUp Apple Kinn 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *