SITI NURHALIZA TERUS DI AWAN.
.
Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena All Stars, Genting Highlands pada 10 dan 11 Ogos lalu, terus meletakkan Biduanita Negarawan Dato’ Sri Nurhaliza terus di puncak tertinggi. Di awanan yang terus membuai persada dengan keunggulan suara dan persembahan memukau serta gurau senda yang asyik.
.
Sesuai dengan gelaran Penyanyi Nombor 1 dan Sweetheart Malaysia, Siti Nurhaliza terus memberikan kelainan dan momen istimewa dalam setiap konsert beliau. Kehadiran Siti Aafiyah dan Afwa mengiringi beliau ketika mendendangkan lagu Nadi menjadi viral dan fyp di media sosial.
.
Begitu juga penangan irama rock 90an dari Slam, Kris,Spring dan Iklim dibawakan beliau dengan sempurna, sekaligus memberi penghormatan kepada irama tersebut. Ternyata Siti Nurhaliza sentiasa memberikan “sesuatu” dalam konsert dan album malahan kehidupan peribadi untuk dijadikan bahan berita untuk semua.
.
Pesona rekaan Ezuwan Ismail, Samm Republic, Ashraff Zainal dan Biancabella juga turut melengkapkan penampilan Siti Nurhaliza; yang ternyata dalam usia 45 tahun sudah semakin mahir bergaya dan tahu apa yang sesuai dengan keterampilan jenama Siti Nurhaliza.
.
Kini 30 tahun, beliau masih di awangan. Seumpama cenderawasih, Siti Nurhaliza tiada duanya. Terima kasih Siti Nurhaliza atas dedikasi anda terhadap muzik Malaysia dan juga perjuangan untuk anak-anak di Palestin.Anda Biduanita Negarawan Malaysia!
.
Foto : Blackpepper Production
Solekan : Epie Temerloh





