PENUNGGANG SEANTERO DUNIA ![]()
.
Ingatkan di Malaysia sahaja agama dijadikan tunggangan; rupanya pentas Olimpik Paris 2024 berjaya mempersendakan agama mereka sendiri. Parodi yang menggunakan drag queen adalah “kejayaan” hebat Paris dalam membawa Dunia yang bebas menurut persepsi hak sesama mereka.
.
Mujur bukan Islam dipersendakan di ketika ini. Malahan gahnya bendera Palestin berkibar dan delegasi Israel diboo adalah bukti bahawa masih ada nilai waras di Olimpik Paris ini.
.
The Malaya dari Malaysia suram sesuramnya meskipun jelas perincian songket dalam rekaan RR ini. Pun begitu pemilihan rona yang hanya sesuai untuk fotografi majalah atau jalan jalan bergaya di Aidilfitri, tidak sesuai untuk diraikan di pentas Olimpik. Mongolia tetap menang dalam soal ini. Dan naik bot untuk berarak mungkin menarik kalau ramai, tetapi dengan warna yang kusam, dingin suasana maka segalanya tetap tidak sempurna untuk Malaysia.
.
Olimpik Paris 2024 gagal dalam perasmiannya. Untuk menyaingi Olimpik Beijing dan UK , umpama jauh panggang dari api.
.
#Paris2024
CERITA PARIS





