SAMBAL SIS JERMAN

Perkenalkan siapa anda untuk salam perkenalan dengan pembaca majalah Stailista.
Saya Nasrul Azira Overmeyer dan lebih dikenali sebagai Sis Jerman, berasal dari Pahang dan sekarang menetap di Jerman. Bisnes yang saya asaskan di Malaysia adalah merupakan produk makanan ‘Ready-To-Eat’ di bawah jenama Ezcook By Nash atau EZCN. 
 
 Bagaimana tercetusnya jenama EZCOOK BY NASH ? Sering melancong dan lebih kerap tinggal di luar negara menyebabkan saya terasa rindu dan selalu mengidam masakan tempatan. Inilah yang mencetuskan idea awal untuk menghasilkan produk ‘Ready-To-Eat’ dengan resipi tradisonal dan tersendiri. 
 
Apakah cabaran pada peringkat awal dan sekarang untuk memantapkan jenama EZCOOK BY NASH? Pada globalisasi terkini, terdapat ramai penjual yang menggunakan media sosial jadi saya perlu sentiasa peka dengan dengan kehendak pasaran yang cepat berubah, termasuk sentiasa perlu meningkatkan kemahiran dari segi teknik mengendalikan pelbagai platform media sosial.
 
Apa kelebihan dan keistimewaan sambal EZCOOK BY NASH (EZCN) berbanding jenama popular yang lain? Walaupun terdapat banyak produk sambal lain di pasaran, saya yakin rangkaian produk yang dihasilkan oleh EZCN akan sentiasa relevan dan mempunyai tempat tersendiri dalam kalangan penggemarnya kerana keunikan rasa, resipi yang asli kualiti dan kaedah retort yang digunakan sangat membantu orang ramai bagi memproses makanan dan memasak dengan cepat, kemas dan sihat.
 
Antara barisan koleksi EZCOOK BY NASH (EZCN), yang mana menjadi best seller dan perhatian ramai? Sebenarnya setiap produk EZCN mempunyai peminat tersendiri. Sambal bilis petai dan sambal bilis terong balado misalnya, sentiasa menjadi pilihan dikalangan penggemar yang sukakan keunikan dan kelainan rasa yang pastinya lain dari yang lain.
 
Apakah strategi terkini pada 2023 dan tahun mendatang untuk EZCOOK BY NASH terus menjulang kejayaan dan mampu bersaing dengan jenama sambal yang lain? Semestinya kami akan terus menjalankan proses penambahbaikan untuk terus memenangi kepercayaan pelanggan dan mengekalkan hubungan jangka panjang dengan mereka. EZCN juga akan sentiasa mempraktikan kajian bagi menghasilkan produk boleh diolah untuk mengikut kesesuaian, keperluan dan menyelesaikan masalah sosial di Malaysia dan dunia terutama ketika darurat atau bencana alam.
 
Sis Jerman adalah nama glamz anda, ada rahsia di sebalik nama tersebut? Segalanya bermula dari panggilan mesra di kalangan sahabat rapat dan team EZCN, memandangkan saya sudah lama menetap di Jerman. Lama-kelamaan Sis Jerman sudah sebati dengan diri, malah saya semakin selesa dengan nama panggilan ini. Sehinggakan di media sosial, Sis Jerman semakin dikenali di kalangan para pengikut dan rakan-rakan, terutamanya di platform TikTok.
 
Bagaimana budaya Malaysia dan Jerman anda tampilkan terutama bab makanan ? Apabila melibatkan pengeluaran makanan, semestinya status halal perkara pertama yang dipertimbangkan walaupun budaya di Jerman tidak mewajibkannya. Sememangnya produk-produk EZCN telah mendapat pengiktirafan halal oleh Jakim. Namun, menyedari bahawa halal adalah bukan sekadar status yang diiktiraf maka jenama EZCN membudayakan kebersihan serta kualiti dari segi penyediaan bahan makanan serta prosesnya.
 
Tinggal di dua buah negara berbeza, apa pengalaman yang cukup memberi erti terutama dalam aspek perniagaan, kekeluargaan serta budaya antara Jerman dan Malaysia? Dari segi perniagaan: Saya dapat memahami bagaimana budaya perniagaan berbeza di kedua negara ini. Jerman dikenal dengan ketepatan dan ketelitian dalam perniagaan, sementara Malaysia mungkin memiliki elemen-elemen budaya yang lebih santai dalam urusan perniagaan. 
Dalam bab kekeluargaan:  mungkin akan mengalami perbezaan dalam nilai-nilai keluarga, struktur keluarga, dan peranan keluarga dalam kedua budaya ini.Sementara dalam soal budaya,  anda akan dapat mengalami kepelbagaian budaya dalam makanan, bahasa, adat istiadat, dan festival di kedua negara. Secara keseluruhan, tinggal di dua negara berbeza dapat membentuk pandangan dunia yang lebih berbroad-minded dan kaya dengan pengalaman dalam banyak aspek kehidupan, termasuk perniagaan, kekeluargaan, dan budaya.
 
 Kerana suami anda berbangsa Jerman, bagaimana komennya tentang sambal anda dan masakan Malaysia pada peringkat awal anda memperkenalkan padanya? Jerman dan Malaysia memiliki masakan yang sangat berbeza dalam hal rasa dan rempah-rempah. Sambal, dengan tahap kepedasannya yang berbeza-beza, ia menjadi sesuatu yang sangat baru dan bagi seseorang yang tidak terbiasa dengan makanan pedas. Reaksi awalnya  terkejut oleh kepedasannya hingga tertarik dengan citarasa yang unik. 
 
 Di daerah mana anda tinggal di Jerman, apakah lokasi terbaik serta makanan pilihan anda jika ada yang ingin melancong ke Jerman? Di Erlangen, Bavaria. Lokasi yang bagus dan sering dikunjungi pelancung ialah Hamburg, Berlin, Munich, Dresden, Black Forest. Makanan pilihan adalah makanan India, Jepun dan Indonesia atau semua pilihan yang halal. Makanan tradisi German yang digemari adalah Gulasch, Schnitzel dan Spätzle.
 
Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan? Peramah, sense of humor dan organise.
 
Sebagai anak kelahiran Pahang, tidakkah anda ingin memperkenalkan jenama makanan EZCOOK BY NASH dari resepi makanan tradisi Pahang seperti Patin tempoyak, Pais dan makanan tradisi lainnya ? Sudah tentu ada perancangan ke arah usaha tersebut. Malah ada beberapa resipi tradisional sedang dalam proses R&D untuk dikeluarkan sebagai produk tambahan dalam rangkaian jenama EZCN.
 
Ikon usahawan yang cukup memberi inspirasi untuk anda ?
Ikon usahawan wanita yang memberi inspirasi saya adalah Neelofa. Beliau adalah seorang usahawati terkenal dan tokoh media Malaysia yang telah mencapai banyak kesuksesan dalam berbagai bidang, termasuk fesyen, media, dan perniagaan. Saya terinspirasi kerana dedikasinya, ketekunan, dan kemampuannya untuk meraih sukses dalam banyak aspek kehidupan.
 
EZCOOK BY NASH perlu ada di setiap rumah adalah kerana Sambal “ready-to-eat” dan serba guna ini boleh dimakan dengan apa saja. Rasanya yang enak dengan resipi turun temurun, sesuai juga dijadikan pes masakan. Paling penting ianya mudah dibawa kemana sahaja sebagai bekalan kembara.
 

Biodata:
Nama penuh: Nasrul Azira Overmeyer
Nama Komersil: Sis Jerman
Asal: Pahang
Status: Berkahwin
Hobi: Melancung, Memasak dan Make up
Kerjaya: Entrepenuer
Media Sosial:
FB/IG: EZcook by Nash,
Nash Overmwyer
Tiktok: Sis Jerman, EZCNbySisJerman
Youtube: EZcook by Nash, Nash Overmeyer

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *