I Love Fashion, and that’s how I express myself 
.
Sejak remaja lagi sehingga kini saya minat sesuatu yang berkaitan dengan fesyen. Dan bila segala perjalanan dipermudahkan saya amat bersyukur dengan minat ini yang pada mulanya hanya menurut kehendak hasrat arwah ibu yang mahu saya mewarisi bakatnya dalam bidang jahitan; walhal minat saya lebih kepada dunia penulisan dan kewartawanan. Sejak di bangku sekolah lagi menyimpan impian ada novel sendiri. Alhamdulilah bermula dengan mesin taip pemberian arwah abah, novel pertama saya Kekasih menjadi titik tolak pada perjuangan saya sebagai penulis sehingga saya ada 11 novel .
.
Hari ini saya tetap meneruskan bidang penulisan dan fesyen menjadi inspirasi saya dalam ber fesyen serta berkreatif untuk majalah Stailista. Justeru bekerjasama dengan supermodel seperti Nasha Aziz, Aleeza Kassim, Amber Chia, Camelia dan tidak kurang juga selebriti seperti Siti Nurhaliza, Neelofa, Anuar Zain, Erra Fazira dan Ramai lagi ketika pembikinan cover URS , Budak dan Stailista-Glamz saya tersenyum sendiri. Rupanya kalau ada impian insya-Allah ada jalannya.
.
Ikon fesyen saya adalah Dato’ Shah Reza , Sudirman dan Michael Jackson. Mereka banyak mempengaruhi gaya saya sejak awal lagi.
.
Perjalanan hidup saya tetap diteruskan seadanya. Ini dunia saya. Gabungan dunia sastera dan fesyen adalah saya. Semoga Kita terus bersemangat dengan agenda hidup ini. Cipta lah impian dan Gapailah selagi boleh. Kita sebenarnya Hebat dengan anugerahNya.
.





