6 KALI ANUGERAH DARI URS ![]()
.
Sebelum bergelar editor majalah Stailista, saya merupakan editor URS- Untuk Remaja Sahaja . Ianya diterbitkan pada awal kemunculan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Malahan cover pertama URS adalah Siti Nurhaliza -baju kuning. Sold Out di pasaran.
.
Sehingga itu kerapkali Siti Nurhaliza menjadi cover, daripada edisi khas raya bersama Mawi, perkahwinan beliau dan segalanya tentang Siti Nurhaliza menjadi keutamaan URS.
.
Hubungan baik sejak awal melalui pengurus beliau Rozi Sang Dewi menjadikan untuk mendapatkan Siti Nurhaliza sebagai cover amat mudah. Jika Siti Nurhaliza sibuk, Rozi akan memberikan gambar terbaik untuk disiarkan.
.
Pun begitu nonton documentari 3 dekad Siti Nurhaliza yang menceritakan Sejarah kejayaan dan anugerah beliau yang menjangkau 300 itu rupanya ada terselit Anugerah URS. Rupanya Siti Nurhaliza pernah menang 6 kali. Antara kemuncaknya Bintang Paling Glamour dianugerahkan pada beliau pada Malam Anugerah URS Glamour 2002 yang diadakan di hotel Times Square, Kuala Lumpur .
.
Biarpun anugerah URS bukanlah anugerah hebat seperti Anugerah lain namun Siti Nurhaliza tetap hadir memberi sokongan dan menyanyi di majlis tersebut. Sebelum itu pada 2000 beliau hadir untuk Anugerah URS Glamour di Concorde Hotel. Di sini beliau menang tiga kategori. Siti Nurhaliza turut menyumbang lagu Percayalah untuk semua hadirin.
.
Ianya adalah kenangan manis saya sepanjang mengenali Biduanita Negara ini. Ianya akan tetap tersimpan di hati sampai bila-bila. Bertemu beliau sehari sebelum majlis Anugerah Seni Negara 2024 bagaikan takdir yang melengkapkan Moment indah tentang Siti Nurhaliza.
.
Untuk Biduanita Negara, Dato’ Sri Nurhaliza tahniah atas anugerah tertinggi itu. Teruslah menjadi Siti Nurhaliza yang manis, sopan, dedikasi dan menjadi inspirasi untuk semua. Semoga Allah merahmati Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekeluarga. Anda selayaknya bergelar Biduanita Negara, Kesayangan Malaysia dan Penyanyi Nombor Satu selamanya.
.
Akan Datang- Stailista-Glamz akan hadir dengan cover Biduanita Negara untuk edisi penghujung 2024 sekaligus menabalkan Siti Nurhaliza sebagai Bintang Sensasi 2024 dan Ikon Inspirasi Sepanjang Zaman , Anugerah terkini dari majalah Stailista. ![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
.
#BiduanitaNegaraSitiNurhaliza
#SitiNurhaliza
#SejarahSitiNurhaliza
#StailistaLevelUp
6 KALI MENANG URS





