GV10 – PERLU SITI NURHALIZA …

GV10 : PERLU ADA SITI NURHALIZA , ANUAR ZAIN & KAK LINA POM POM✌️
.
Nampaknya Astro tidak mahu kalah untuk pentas akhir GV10. Dengan barisan artis undangan dalam dan luar negara, sudah tentunya menjanjikan kemeriahan berganda di Axiata nanti. Mungkin kerana itu kesemua bintang separuh akhir diangkut ke akhir untuk memberikan impak berbeza.
.
Pun begitu jika Astro ingin meraikan penghimpunan barisan bintang di final dengan lebih wow dan sesuai dengan tema All Stars dan usia 10 tahun GV, dua nama besar yang tidak boleh dikesampingkan adalah penyanyi nombor satu negara , biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Anuar Zain. Dua figura ini perlu ada di pentas akhir bersama Ella yang telah diwar-warkan awal lagi. Jika ketiga nama legenda itu ada maka sempurnalah GV sebagai program hiburan nombor satu negara.
.
Pastinya bintang GV10 akan ‘perang habisan’ nanti. Sebagaimana di peringkat separuh akhir Tomok, Nikki, Siti Nordiana bergaya sakan dengan penampilan memukau, visual sebegini perlu diteruskan untuk lebih keluar dari kebiasaan mereka. Jac dan Liza Hanim perlu menambah merdu dan rasa dalam persembahan mereka . Vokal lantang tak menjanjikan anda hebat. Lihatlah betapa bagusnya kawalan vokal Hadi Mirza; sementara Azaharina boleh memberi kejutan dengan suara huskynya, dan yang lain perlu strategi yang betul. Usah terlalu bersungguh, jangan pula ambil mudah. Pentas GV macam-macam boleh terjadi.
.
Oh ye, kalau nak lebih gila dan ‘happenings’ bawa jugak Kak Lina Pom Pom! 🥰
.
.
#GV10
#GegarVaganza2023
#AstroGempak
#KataEditor
#StailistaGlamz2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *