TETAP UNGGUL ; TETAP NO. 1
.
Penampilan terkini Penyanyi Nombor Satu Negara, Biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Konsert Ini Baru Bintang 4 di RTM sabtu lalu sempena Solidariti Palestine; ternyata terus mencuri pandangan dan tarikan aura yang hebat. Sehinggakan dewan sesak dan ada yang terpaksa berdiri, tak kurang yang tidak dapat masuk.
.
Dalam konsert tersebut beliau mendendangkan lagu Sehebat Matahari, Medley Azimat Cinta, Bicara Manis Menghiris Kalbu, Aku Bidadari Syurgamu dan Oda Bumi Anbia dengan indahnya.
.
Sememangnya sehingga kini beliau akan terus unggul di hati kita semua dan tetap menjadi inspirasi untuk semua anak seni. Sementara itu dalam waktu yang sama konsert Aina Abdul di Axiata berlangsung dengan meriahnya. Dato’ Siti Nurhaliza turut mengucapkan tahniah atas kerja keras dan kejayaan Aina pada konsert A Night With Aina Abdul 3:0 itu.
.
Itulah Siti Nurhaliza yang kita sayangi. Tetap memberi sokongan pada pelapis yang cemerlang. Terus memberi penghargaan kepada mereka yang berbakat. Itulah sewajarnya. Yang lama terus dihargai , yang baharu tetap disokong .
.
#SitiNurhaliza
#Inibarubintang4
#rtm
#kataeditor
#stailistaglamz2023
TETAP UNGGUL





