GADIS KRIKET – ANTARA ASAP DAN ASMARA

.
GADIS KRETEK – ANTARA ASAP ROKOK & API ASMARA 🎭
.
Sememangnya karyawan dari seberang hebat dengan karya epik maupun sejarah. Penceritaan yang terbuka membuatkan mereka bebas berkarya atas nama seni. Lalu sesuatu yang tidak mungkin kita temui dalam filem atau drama kita pasti tidak dapat dibuat sebegitu. Kalau ada yang berani sekalipun akan menjadi mangsa suntingan Lembaga Penapis Filem.
.
Gadis Kretek atau -Cigarette Girl ini telah memulakan tayangan di Netflix merupakan siri televisyen Indonesia yang dibintangi oleh Dian Sastrowardoyo, Ario Bayu, Putri Marino, dan Arya Saloka. Berdasarkan buku dengan nama yang sama oleh Ratih Kumala, ia berlatarkan industri tembakau Indonesia, yang berkait rapat dengan sejarah negara.
.
Topik tentang industri rokok adalah tunjang cerita ini dengan selang seli kisah percintaan, konflik terdahulu dan masa kini. Berlangsung pada 1960-an , saya teruja untuk menghabiskan lima episod yang asyik ini. Banyak hal saya dapat tahu tentang sejarah tembakau dari cerita ini.
.
Pun begitu saya tidak pasti apakah kerana ianya untuk Netflix, maka babak yang sewajarnya hanya kiasan tentang perhubungan asmara Raja dan Neng Yah ditonjolkan sebegitu rupa. Apatah lagi bila pelakon favourite saya Dian Sastrowardoya yang kelihatan begitu berani melakonkan babak ranjang tersebut.
.
Pun begitu bagi saya yang faham tentang budaya kreatif mereka , maka saya tonton juga dengan sedikit kesal . Sepatutnya tanpa babak begitu pun siri ini akan lebih menarik dengan hanya memberi metafora tentang kejadian tersebut .
.
Gadis Kretek mengingatkan saya tentang teman dari seberang yang suka menghisap rokok Surya. Bau cengkih kuat menyengat dan sekaligus tau asal usul teman saya itu walau tanpa diperkenalkan.
.
Cerita Gadis Kretek berjaya dengan lakonan hebat para pendukungnya serta jalan cerita yang mudah difahami serta sinematografi yang indah . Lagu iringan pun kena dengan situasi terutama Rindu Lukisan yang diduetkan itu. Menarik sekali . Memberikan roh kepada keseluruhan perjalanan cerita Gadis Kretek.
.
4 bintang untuk Gadis Kretek, kurang satu bintang kerana saya terganggu dengan babak yang tidak sepatutnya itu. 😉
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *