MMW Bone Alignment Centre Lancar Cawangan Kedua di Atria Shopping Gallery
Mengangkat Pendekatan Tradisional “Wu Yi Zheng Gu” Sebagai Alternatif Penjagaan Struktur Tubuh Holistik
MMW Bone Alignment Centre terus memperkukuhkan jenamanya dalam industri penjagaan kesihatan alternatif menerusi pembukaan rasmi cawangan keduanya di Atria Shopping Gallery, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperluaskan akses masyarakat terhadap penjagaan struktur tubuh yang lebih menyeluruh dan berfokus kepada keseimbangan kesihatan jangka panjang.
Majlis perasmian yang berlangsung dalam suasana penuh meriah itu telah disempurnakan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Berbahagia Dato’ Liew Bindarkhusasrya serta Yang Berbahagia Dato’ Hoe Mee Ling, yang turut menzahirkan sokongan terhadap perkembangan pendekatan kesihatan tradisional moden yang diperjuangkan oleh MMW Bone Alignment Centre.
Pembukaan cawangan baharu ini mencerminkan komitmen berterusan MMW dalam menyediakan platform pendidikan dan rawatan berkaitan penjagaan struktur tubuh badan kepada masyarakat, di samping memperluaskan kesedaran mengenai kepentingan postur, keseimbangan tubuh dan gaya hidup sihat dalam kehidupan harian.
Dalam ucapan yang disampaikan, jurucakap MMW Bone Alignment Centre menzahirkan penghargaan atas sokongan pelbagai pihak, khususnya kepada Dato’ Hoe Mee Ling yang disifatkan sebagai antara individu penting dalam membuka ruang dan peluang untuk MMW berkembang ke tahap yang lebih progresif.
“Pembukaan cawangan kedua ini merupakan satu detik yang amat bermakna buat kami. Di MMW, kami percaya bahawa kesihatan bukan sekadar menghilangkan kesakitan, tetapi memahami keseimbangan tubuh secara menyeluruh. Banyak masalah kesihatan yang berlaku hari ini sebenarnya berpunca daripada ketidakseimbangan struktur badan, postur dan corak pergerakan harian yang sering diabaikan,” katanya.
MMW Bone Alignment Centre tampil dengan pendekatan unik menerusi konsep “Wu Yi Zheng Gu”, iaitu satu kaedah rawatan yang menggabungkan disiplin seni bela diri, kefahaman mendalam terhadap struktur tubuh manusia serta teknik penjagaan kesihatan tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun.
Pendekatan “Wu Yi” bukan sahaja menekankan rawatan simptom secara sementara, malah memberi fokus terhadap pendidikan kesihatan dan pembentukan disiplin penjagaan tubuh dalam jangka panjang. Kaedah ini diyakini mampu membantu masyarakat memahami punca sebenar ketidakseimbangan tubuh badan serta menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti.
Pihak pengurusan MMW turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan Atria Shopping Gallery atas kerjasama erat yang diberikan sepanjang proses pembangunan dan pembukaan cawangan tersebut. Pemilihan lokasi di Atria Shopping Gallery disifatkan sebagai strategik kerana kedudukannya sebagai pusat gaya hidup moden yang selesa, mesra komuniti dan mudah diakses oleh orang ramai.
“Harapan kami adalah untuk melihat lebih ramai masyarakat mula memberi perhatian terhadap kesihatan tubuh sejak awal, agar masalah kecil tidak berkembang menjadi isu kesihatan yang lebih serius pada masa hadapan. Kami mahu MMW menjadi sebuah platform pendidikan kesihatan masyarakat dalam memahami kepentingan penjagaan struktur badan, postur dan pergerakan tubuh dalam kehidupan seharian,” tambah beliau lagi.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil agensi keselamatan negara termasuk pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II) Nor Najila Binti Budin serta wakil daripada PDRM IPD Damansara, Sub Inspektor Darwish bin Haji Jusoh.
Turut hadir memeriahkan acara ialah rakan-rakan media tempatan, para tetamu jemputan, rakan strategik, rakan kerjasama industri serta seluruh warga kerja MMW Bone Alignment Centre yang bersama-sama meraikan detik penting perkembangan jenama tersebut.





