…walaupun kau jauh di mata di sana
Sambut lah salam , Salam Kekasih di hari raya. Giteeww![]()
.
Lagu dari kumpulan Gelombang Biru – Salam Kekasih Di Hari Raya ni selalu dilupakan. Walhal lagunya evergreen sekali. Lagu raya tahun 1986 dari band TLDM ni memang antara lagu raya rare pilihan saya termasuk nyanyian semula Dendang Perantau – A. Razak dan Abang Pulang – Dato’ Malik Redzuan.
.
Dan sebuah lagu Raya Kat Temerloh dari Ally Nor dan Azimah yang diterbitkan pada 1997 ini lagu raya dailek Pahang dan Negeri Sembilan. Memang rare betul lagu ni ![]()
.
Dan paling pilihan terbaik saya adalah Bisikan Hati Di Pagi Raya dari Datuk Sharifah Aini dan Dato’ Hail Amir. Sayang lagu ni jarang diputar walhal suara keduanya asyik sekali. Begitu menyentuh hati.
.
Sempatlah saya bercerita dengan Hail Amir tentang minat besar saya pada lagu ini. Berbanding Seloka Hari Raya duet dengan Uji Rashid, duet bersama Sharifah Aini ini lebih dekat sebagai lagu raya terbaik sepanjang zaman saya.
LAGU RAYA PILIHAN SAYA…





